Asuh

Jangan Bagi Anak Gigit Mainan Lama Terutamanya Warna Kuning, Merah & Hitam. Kenapa?

80
SHARES

Tabiat anak-anak kecil yang suka mengigit adalah normal ketika proses mereka sedang membesar. Hal ini kerana pertumbuhan gigi sedang berlaku dan mereka akan lebih suka untuk menggigit segala barang yang dicapai. Barang mainan tidak terkecuali dalam menjadi ‘mangsa’. Tapi tahukah anda bahawa sebenarnya bahaya untuk anak-anak kita gigit barang mainan khususnya yang sudah lama? Jangan biarkan kalau tidak mahu anak-anak terdedah dengan kimia!

Jangan Bagi Anak Kita Gigit Mainan Lama!

Paling bahaya adalah mainan lama yang berwarna KUNING, MERAH dan HITAM. Kenapa?

Dr Andrew Turner daripada University of Plymouth mendapati unsur bahan kimia berbahaya paling banyak pada mainan lama yang berwarna kuning, merah dan hitam! Mainan lama ni tinggi kandungan kimia berbahaya seperti kadmium kerana kadmium diperlukan untuk membuat mainan yang berwarna warni.

Mainan lama ni banyak unsur kimia berbahaya seperti plumbum, kadmium, selenium dan bermacam lagi dibandingkan mainan moden kerana zaman dulu kawalan untuk mainan tak seketat zaman sekarang.

Jadi hati-hati bila ziarah ke rumah orang tua atau saudara mara yang banyak barang mainan lama ye.

Jangan bagi anak masukkan ke dalam mulut terutamanya mainan lama yang berwarna kuning, merah dan juga hitam.

p/s : Mainan baru pun lebih kurang sama je. Elakkan anak kita gigit atau masukkan ke mulut selagi boleh kecuali kita yakin mainan tu selamat untuk anak kita sebab banyak kes keracunan plumbum tanpa sedar daripada mainan yang digigit ni.

RESPONS DAN PERTANYAAN DARI ORANG RAMAI

Sumber : Taufiq Razif

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×