Euforia Bola 2026
Famili

Rapid KL Lanjutkan Perkhidmatan Tren & Bas Sempena Kemuncak ASEAN, Semak Jadual Sini

5
SHARES
jadual perkhidmatan tren

Pihak Rapid KL akan melanjutkan tempoh jadual perkhidmatan tren dan bas waktu puncak pagi dan petang bermula 23 Mei hingga 27 Mei 2025. Ini bersempena sidang kemuncak ASEAN kali ke-46 yang bakal berlangsung di sekitar ibu kota Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Waktu puncak pada hari bekerja sepanjang tarikh tersebut akan ditambah satu (1) jam pada sebelah pagi dan petang. Berikut penulis kongsikan di bawah.

Baca juga: Menantu ‘Kantoi’ Berpakat Rompak Ibu Mentua, Larikan Barang Kemas Bernilai RM12,000!

JADUAL PERKHIDMATAN TREN & BAS DILANJUTKAN, SEMPENA ASEAN

Waktu puncak pada hari bekerja sepanjang tarikh tersebut akan ditambah satu (1) jam pada sebelah pagi dan petang seperti di bawah:

JADUAL PERKHIDMATAN TREN

Kekerapan operasi tren pada hari Sabtu dan Ahad turut dipertingkatkan bagi menampung bilangan penumpang yang dijangka bertambah pada minggu ini. Berikut adalah jadual kekerapan tren pada 24 Mei dan 25 Mei 2025.

JADUAL PERKHIDMATAN TREN

Bagi operasi perkhidmatan bas dan Rapid KL On-Demand, beberapa laluan dijangka mengalami kelewatan jadual perjalanan susulan penutupan jalan secara berperingkat oleh pihak berkuasa sepanjang tempoh tersebut.

Antara laluan yang terlibat adalah:

  • Laluan 402 (LRT Titiwangsa – LRT Maluri
  • Laluan 302 (LRT Titiwangsa – KLCC)
  • Laluan 300 (Hab Pandan Indah – Lebuh Ampang)
  • Laluan 303 (Taman Mulia Jaya – Lebuh Ampang)
  • Rapid KL On-Demand (Zon Titiwangsa – Chow Kit)

Pengguna bas yang ingin menuju ke KLCC dan kawasan sekitarnya disarankan untuk menggunakan perkhidmatan rel bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Antara stesen rel yang boleh digunakan termasuk Stesen KLCC (Laluan Kelana Jaya), Stesen Persiaran KLCC (Laluan Putrajaya), Stesen Raja Chulan (Monorel KL), Stesen Conlay (Laluan Putrajaya) dan Stesen Bukit Bintang (Laluan Kajang dan Monorel KL).

Rapid KL menyarankan penumpang agar merancang perjalanan lebih awal, memantau notifikasi terkini melalui media sosial rasmi Rapid KL atau memuat turut aplikasi PULSE, serta mempertimbangkan penggunaan alternatif seperti perkhidmatan rel bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Baca juga: AirAsia & MAS Kemas Kini Format Nama Penumpang, Pastikan Isi Macam INI Bila Beli Tiket!

Sumber: Rapid KL

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×