Asuh

Jadi Lebih Berani & Yakin, Ini Manfaat Biarkan Anak Bermain Buaian Yang Mak Ayah Kena Tahu

49
SHARES

Taman permainan umpama syurga buat anak-anak. Banyak manfaat boleh diperoleh mereka dengan meneroka pelbagai mainan yang ada termasuklah buaian. Mengalakkan anak-anak bermain buaian sebenarnya membantu perkembangan mereka. Selain dapat menjadikan mereka lebih tenang dan pandai berkawan. Berikut adalah manfaat jika ibu bapa mendedahkan anak-anak untuk menerokai taman permainan terutamanya buaian.

BERMAIN BUAIAN MEMBANTU PERKEMBANGAN ANAK

Kajian perubatan masa kini yang menunjukkan bahawa ada risiko kecederaan jika bayi dibuaikan. Jadi ramai ibu bapa elakkan buai digunakan kepada anak-anak mereka walaupun anak dah besar sikit. Sebenarnya, kajian perubatan juga menunjukkan bahawa penggunaan buaian adalah amat penting dalam membantu perkembangan kanak-kanak (bukan bayi) yang optimum.

Bermain buaian dapat membantu perkembangan fizikal serta neuro-sensori. Seperti: vestibular (keseimbangan), proprioception (posisi tubuh) dan visiospatial(keberadaan). Perkembangan neuro-sensori ini memastikan kanak-kanak membesar menjadi seorang dewasa yang tinggi ketahanan fizikal, cekap dalam tugasan, dan mudah belajar sesuatu kemahiran.

DAPAT MEMBINA KEYAKINAN DAN KEBERANIAN

Selain itu, ia juga melatih kanak-kanak tentang penilaian risiko. Jika kita tak benarkan kanak-kanak mengambil dan terdedah kepada risiko. Maka keberanian dan keyakinan akan terbantut. Memandangkan ia banyak memberi manfaat kepada perkembangan kanak-kanak. Buaian adalah permainan yang pasti ada di taman permainan. Selain jongkang-jongkit dan papan gelongsor.

MERANGSANG SISTEM NEURO-SENSORI

Permainan itu semua merangsang sistem neuro-sensori dengan mendedahkan kanak-kanak kepada pergerakan vertikal(atas-bawah), linear(sejajar), putaran(rotary), ayunan(swing). Kebanyakan taman permainan masa ini telah direka untuk mengurangkan risiko kecederaan. Ia menggunakan rekaan, material dan material yang lebih selamat. Ia juga lebih inklusif kepada semua.

BINA BUAIAN ATAU TRAMPOLIN DI RUMAH JIKA BOLEH

Namun, sekarang ni sedang pandemik. Khuatir juga nak bawa anak-anak ke taman permainan. Jadi, boleh rangsang perkembangan anak-anak dengan memasang buaian atau trampolin di rumah.

Jangan lupa awasi mereka ketika mereka bermain. Kita kena dedahkan mereka kepada risiko, tetapi hendaklah dibawah pemantauan. Serta risikonya tak usahlah yang terlalu tinggi.

Demi masa depan yang terjamin untuk anak-anak kita, kurangkan mereka daripada bermain permainan video, dan galakkan mereka bermain secara fizikal.

Sumber: Dr. Kamarul Ariffin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×