Percutian

Pasangan Ini Kongsi Itinerari Ke Afrika, Kenya Selama 10H9M, Seronoknya!

2
SHARES
ITINERARI KE AFRIKA

Perkongsian penulis kali ini ingin bawa anda ‘terbang’ ke Timur Afrika iaitu di Kenya. Menerusi itinerari ke Afrika yang ditulis oleh Pi Pot di laman Facebooknya, percutian itu adalah selama 10 hari 9 malam.

Bagi mengetahui mengenai tempat menarik dan kos percutian, anda boleh ikuti penulisan penuh mengenai itinerari ke Afrika seperti di bawah ini. Bawa orang tersayang, pasti lebih seronok!

Baca juga: 45 Tempat Viral Di Perlis Boleh Singgah, Peluang Bawa Anak-Anak Pergi Bercuti!

ITINERARI KE AFRIKA, KENYA SELAMA 10 HARI

ITINERARI KE AFRIKA

Hari pertama: 21.06.2024

(Penerbangan KUL-SHARJAH DUBAI (Transit 20jam)

– Flight Air Arabia
– Check In Lewana Hotel Dubai(Dekat Dgn Metro).
– Dubai Frame.
– Museum Of Future.
– Dubai Mall.
– Burj Khalifa.
– Dinner Al Baik dalam Dubai Mall.

Hari kedua : 22.06.2024

– Check Out dari Lewana Hotel.

– Sharjah Dubai Airport – Jomo Kenyatta International Airport.

– Kami menginap di rumah saudara – Kenya

Hari ketiga: 23.06.2024

– Pagi Pukul 6pagi Ambil UBER dari Kenyan Ke Nairobi Terminus (Train Station).

– Security check agak ketat dan siap ada anjing K9 hidu beg. Jangan gelabah dan rilek sahaja.

– Train (Economy Seat) Jam 8pagi Nak Ke Mombasa Kenya, ambil masa dalam 6jam perjalanan dari Nairobi Ke Mombasa.

– Sepanjang perjalanan Ke Mombasa kita akan lalu National Park. Jadi, kita akan nampak binatang dan gunung Kilimanjaro.

– Sampai Mombasa, ambil UBER untuk ke hotel.

– Check In Di CityBlue Creekside Hotel.

– Jalan di Old Town Mombasa.

– Mandhry Mosque (Masjid Pertama Di Mombasa).

– Africa Hotel (Hotel Pertama Di Kenya).

– Dinner Di Forodhani Restaurant.

– Balik Hotel Rest, Penat Naik Train, Kitaorg Balik Hotel Naik TukTuk Dari Forodhani Restaurant Mlm Jgk Lah Balik Ke Hotel.

Hari keempat: 24.06.2024

– Check out dari City Blue Hotel.

– Ambil UBER Ke Cafesserie Cafe, Cari Kopi.

– Ambil UBER Dari Cafesserie Cafe Ke PrideInn Flamingo (Area Shanzu).

– Releks dan berehat.

ITINERARI KE AFRIKA

Hari kelima: 25.06.2024

– Check Out PrideInn Flamingo.

– Ambil UBER Ke Haller Park.

– Ambil UBER Dari Haller Park Ke Nyali Center.

– Ambil UBER Dari Nyali Center Ke Airport.

– Balik Naik Kenya Airways Ambil Masa 45minit – 1jam Ke Airport Jomo.

Hari keenam: 26.06.2024

– Rehat di rumah saudara. Santai-santai sahaja.

Hari ketujuh: 27.06.2024

– Nairobi National Park, driver naik Land Cruiser ambil di rumah saudara.

– Separuh hari Nairobi National Park.

Hari kelapan: 28.06.2024

– Maasai Market Cari Souvenir.

– Sewa Kereta Nak Ke Naivasha.

– Makan Di Olerai House Naivasha.

– Menginap di rumah saudara.

ITINERARI KE AFRIKA

Hari kesembilan: 29.06.2024

– Cresent Island, cari haiwan bersama ranjer hutan.

– Buffalo Mall.

Hari kesepuluh : 30.06.2024

– Balik Ke Nairobi.

– Singgah shopping di Spinner Web.

– Lunch Di Sarit Centre.

JUMLAH KESELURUHAN PENERBANGAN KE AFRIKA

– Tiket Return Air Arabia Flight KL- Nairobi (Transit 20jam Di Dubai) RM9230 2orang

– Yellow Fever RM450/Person

– Insurans RM145/Person

– Kenya ETA RM165/Person

– Simcard Dubai 8gb RM160S

– Simcard Safari Kenya 8gb RM40

– Lewana Hotel RM240

– CityBlue Creek Hotel RM257

– PrideInn Flamingo Hotel (All Board) RM836

– Olerai House RM320/Person

– Haller Park RM35/Person

– Narobi National Park RM540/Person

– Cresent Island RM155/Person

– Mombasa-Narobi Kenya Airways RM250/Person

– Souvenir RM580

– UBER Mombasa RM70

– UBER Nairobi RM85

– UBER di Dubai RM360

– Train ke Mombasa RM140/person

– Sewa kereta RM730 Toyota Voxy (3 Hari)

Minyak kereta sewa RM240

– Sewa bot Cresent Island RM110

– Makan & coffee RM500

Nota penting:

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Baca juga: Bila Naik Kapal Terbang Jangan Pakai Macam No.9, Boleh Kena Tahan!

Sumber: Facebook Pi Pot

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×