Famili

Isteri Hamil 13 Minggu, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Bakal Timang Cahaya Mata Kembar Lagi!

1.9K
SHARES

Siapa sahaja tidak mengenali figura angkasawan negara Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor? Bukan sahaja terkenal dari segi kerjayanya, beliau dan juga isteri, Datin Dr. Harlina juga menjadi idola dalam dunia parenting kerana selalu berkongsikan tips-tips yang berguna.

Terbaharu, menerusi entrinya di laman Instagram beliau mengumumkan kepada orang ramai bahawa isterinya sedang hamil anak kembar yang sudah mencapai usia 13 minggu. Pasangan ini juga telah dikurniakan 4 orang cahaya mata dimana dua adalah perempuan dan satu pasangan kembar lelaki sebelum ini.

DR HARLINA HAMIL ANAK KEMBAR LAGI

Kongsinya, beliua amat teruja dengan berita kehamilan isterinya tersebut dan menganggap bahawa rezeki ini dapat memeriahkan lagi keluarga mereka. Namun begitu, Dr. Sheikh Muszaphar tidak menafikan bahawa risiko kehamilan seperti ini agak tinggi dan turut berasa risau dengan pengalaman yang pernah dilalui sebelum ini.

Beliau juga turut berkongsi bahawa Dr. Harlina melalui trimester pertama ketika masih bekerja sebagai salah seorang frontliner merawat pesakit Covid-19 di hospital.

Pic – Expecting Twins again …
Alhamdulillah – Syukur teramat .
Dr Halina is now 13 weeks pregnant with twins .
I’m just thrilled , speechless and over the moon …
It’s like DejaVu all over again .
We have always wanted a big family .
But carrying twins during pregnancy is totally high risk as we have experienced that before .

Double Nauseous
Double Vomiting
Double Bloating
Double Craving
Double Bleeding – which she did
It was tough seeing Dr Halina undergoing through her 1st Trimester and still working as frontliners treating Covid patients and she truly deserve my utmost respect .
The only thing I could do is to gain weight with her which is part of the deal – Haha
Salam Everyone
Love As Always
Just sharing the good news
PS – Do be strong my love . Just hang in there and leave the workload of the kids to me .

Sumber: Dr. Sheikh Muszaphar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×