Bercakap mengenai istana diraja merupakan antara topik yang tak akan lapuk dari zaman kecil hingga dewasa. Mana tidaknya, kita sudah tahu bahawa di sinilah tempat tinggalnya para Raja, Sultan, Permaisuri, Putera dan Puteri seperti yang ditonton dalam filem animasi.
Oleh itu, mari jejak ke alam realiti bersama penulis untuk kita melihat antara 5 istana mewah dan cantik di dunia. Kalau tak boleh pergi tak mengapa kerana tatap gambar pun boleh rasa macam putera dan puteri!
Baca juga: 10 Kerabat Diraja Yang Kahwin Dengan Rakyat Biasa, Demi Cinta Lautan Api Sanggup Diredahi!
5 ISTANA DIRAJA PALING MEWAH DAN INDAH DI DUNIA, SENI BINA MAKSUD ‘TERSIRAT’
1.Istana Alhambra, Sepanyol
Dibina pada abad ke-13 oleh Dinasti Nasrid, merupakan kerajaan Moor terakhir di Sepanyol. Alhambra menjadi simbol kegemilangan tamadun Islam di Andalusia. Seni bina Alhambra ini memaparkan seni bina Islam yang halus dan rumit, dengan ukiran-ukiran yang indah, kaligrafi Arab, dan penggunaan jubin berwarna-warni.
2.Istana Neuschwanstein, Jerman
Istana ini dibina oleh Raja Ludwig II dari Bavaria pada abad ke-19. Raja Ludwig II dikenali sebagai “Raja Dongeng” kerana minatnya terhadap seni dan kisah dongeng. Lokasi di atas bukit, istana ini diinspirasikan oleh opera-opera Richard Wagner dan kisah-kisah zaman pertengahan. Gaya seni bina Romanesque Revival dengan menara-menara yang tinggi, bumbung berwarna biru, dan hiasan-hiasan yang indah menjadikannya sebagai lokasi popular pelancong.
3.Istana Nurul Iman, Brunei
Salah sebuah istana terkenal di rantau Asia, istana ini nenggabungkan seni bina Melayu Islam dengan gaya moden. Bumbungnya berwarna keemasan, memang tersergam indah. Malah, ia merupakan istana kediaman terbesar di dunia! Bayangkan, ia mempunyai 1,788 bilik, termasuk 257 bilik air, sebuah masjid yang boleh memuatkan 1,500 orang, dan dewan jamuan yang boleh menampung sehingga 5,000 tetamu.
4.Kota Larangan atau Forbidden City, China
Istana ini memang penuh dengan sejarah dan keagungan Dinasti China. Kota Larangan mempamerkan seni bina tradisional China yang mengagumkan dengan warna merah dan kuning yang dominan. Malah, ada ukiran naga dan simbol-simbol lain menghiasi bangunan-bangunan di sini. Kini, Kota Larangan menempatkan Muzium Istana yang menyimpan koleksi khazanah dan artifak dari Dinasti Ming dan Qing.
5.Istana Musim Sejuk (Winter Palace), Rusia
Nama pun dah macam filem animasi Anastasia bukan? Istana ini dibina dengan gaya Baroque yang mewah, dengan warna hijau dan putih yang menawan. Ia mempunyai 1,786 pintu, 1,945 tingkap, dan 1,057 dewan dan bilik yang dihiasi dengan begitu elegan. Kini, Istana Musim Sejuk menempatkan sebahagian besar Muzium Hermitage, salah satu muzium seni dan budaya terbesar dan tertua di dunia. Di sini, anda boleh melihat pelbagai koleksi seni yang mengagumkan, dari karya-karya agung Eropah hingga artifak-artifak purba.
*Indahnya..rasa nak pakai gaun kembang pusing-pusing satu istana!
Baca juga: Kenali Wajah Putera & Puteri Kerabat Diraja Pahang, Pasti Ramai Nak Tahu!
Sumber: GLAM
Foto: DestinationHistoryPod,