Teknologi

iQiyi Berkolaborasi Dengan Media Prima & Celcom, Jadi Pemacu Utama Penstriman Hiburan Tempatan

18
SHARES

Pernah dengar tak aplikasi bernama iQiyi? Aplikasi iQiyi diiktiraf sebagai aplikasi penstriman over-the-top (OTT) yang paling banyak dimuat turun melalui Apple App Store dan Google Play Store, di antara bulan Ogos 2020 dan Februari 2021.

Sebagai penyedia khidmat penstriman hiburan inovatif atas talian, iQIYI International mengukuhkan lagi kedudukannya di Malaysia melalui kerjasama strategik dengan dua syarikat ternama negara. Dua syarikat gergasi tersebut adalah, syarikat penciptaan kandungan media dan hiburan terulung, Media Prima, dan Celcom Axiata Berhad (Celcom), satu syarikat telekomunikasi terbesar negara.

PLATFORM PENSTRIMAN ANTARABANGSA, KOLABORASI UNTUK HIBURAN TERBAIK

“Kini, kami berazam untuk menjadi pemacu utama ekosistem hiburan tempatan dengan menjalin hubungan jangka panjang yang erat di antara pengguna serta rakan kongsi kami. Jadi, kerjasama dengan Primeworks Studio dan Celcom merupakan satu langkah yang amat strategik dan merupakan satu sinergi yang bakal membolehkan kami memberikan hiburan mutlak yang terbaik.” – Dinesh Ratnam, Pengurus iQiyi International Malaysia, Singapura dan Brunei.

Perjanjian tahunan yang dimeterai bersama Primeworks Studio akan memberikan iQiyi keutamaan hak tayangan untuk drama-drama tempatan yang popular terbitan TV3. Bukan sahaja di Malaysia, jumlah penonton iQiyi bagi tontonan drama TV3 ini diperluaskan ke pengguna di Singapura dan Brunei. Mereka akan dapat menonton rancangan istimewa Ramadan dan Hari Raya seperti Sabarlah Duhai Hati dan Cukup Derita Itu, serta senarai tontonan popular yang amat dinanti-nantikan iaitu sambungan drama, 7 Hari Mencintaiku 2 dan Budak Tebing.

Kesemua judul TV3 ini akan ditempatkan di satu ruangan khas di aplikasi iQiyi, yang juga boleh diakses melalui pautan www.iQ.com/local. Ruangan tontonan tempatan yang diberi nama ‘Local’ ini dijangka akan mengandungi lebih 1,000 jam senarai tontonan premium tempatan menjelang akhir tahun 2021.

Disamping kerjasama dengan syarikat Primeworks Studio, iQiyi turut menjalin kerjasama dengan Celcom. Kerjasama terjalin apabila Celcom menjadi syarikat telekomunikasi rasmi untuk rancangan variasi terulung terbitan iQiyi iaitu Youth With You 3 (YWY3). Rancangan variasi hit dari China ini telah mempunyai jumlah penonton yang tinggi di Malaysia yang menampilkan produksi berkualiti tinggi, pengalaman tontonan interaktif, serta dibarisi para juri ternama seperti Lisa dari kumpulan BLACKPINK, Li Ronghao dan Will Pan.

Menarik bukan?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×