Hebahan

IPTA & IPTS Akan Dibuka Secara Berperingkat Mulai Julai, Kemasukan Penuh Pada Oktober

806
SHARES

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 Mac 2020, bukan sahaja sistem pendidikan pelajar sekolah yang terjejas malah pelajar di Institusi Pengajian Tinggi juga mengalami nasib yang sama. Oleh itu, pembelajaran secara online telah dilakukan dan ternyata situasinya adalah berbeza berbanding pembelajaran di kelas.

IPTA DAN IPTS DIBUKA SECARA BERPERINGKAT

Dalam sidang media Kementerian Pengajian Tinggi hari ini, Datuk Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi hari ini mengumumkan bahawa untuk membenarkan kemasukan 4 lagi kategori ke kampus secara berperingkat bermula Julai 2020:

1. Pelajar tempatan di institusi pengajian swasta

2.Pelajar tahun 1,2,3,4 universiti awam dalam bidang pengajian yang memerlukan latihan klinikal, latih tubi, bengkel, makmal atau peralatan khas. Ini juga kepada pelajar yang perlu menduduki peperiksaan badan profesonal.

3. Pelajar tahun 1,2,3,4 universiti awam yang tidak mempunyai akses internet.

4. Pelajar antarabangsa dari universiti awam dan swasta termasuk pelajar baharu.

Pengumuman ini dilaksanakan seiring dengan keadaan pandemik Covid-19 yang lebih terkawal dimana pembukaan sekolah dan taska juga telah dibuka. Bukan itu sahaja, jemaah Menteri juga bersetuju bahawa kemasukan pelajar secara penuh adalah pada bulan Oktober 2020.

Oleh itu, pihak IPT dan para pelajar diminta untuk membuat persediaan secara sepenuhnya termasuk pelajar antarabangsa yang perlu membuat ujian saringan Covid-19 terlebih dahulu.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×