Alhamdulillah, banyak bantuan yang telah diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi sebentar tadi.
Antara yang turut diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi oleh Perdana Menteri adalah tentang internet percuma.
Wah, siapa tak suka internet percuma kan? Setidak-tidaknya yang bekerja di rumah dapat memanfaatkannya sebaik mungkin untuk tujuan kerja.
Malah, ia juga boleh membantu ibu ayah membuat carian penting untuk informasi terkini serta menceriakan lagi hari dengan anak-anak.
Tentu ramai nak tahu apakah internet percuma yang bakal diterima oleh rakyat nanti.
Pakej Khas Dan Komitmen Bernilai RM1 Bilion
Dalam kenyataan media oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), beberapa pakej khas akan ditawarkan dengan kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi, termasuk usaha-usaha menambah baik rangkaian telekomunikasi yang secara kolektifnya bernilai RM 1 Bilion.
Antara inisiatif yang termasuk dalam pakej ini termasuklah internet berkelajuan tinggi (high speed internet) percuma 1 GB sehari untuk digunakan antara jam 8 pagi hingga 6 petang bermula 1 April 2020.
Semua pelanggan pascabayar dan prabayar Celcom, Maxis, Digi dan Umobile akan dapat menikmati internet percuma ini sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.
Wah, seronoknya!
Jadi lepas ni tak ada alasan lagi nak kata boring dan sebagainya ya.
Jom kita mainkan peranan bersama untuk #dudukrumah #stayathome untuk memerangi wabak COVID-19 bersama-sama.
Berikut adalah kenyataan media penuh oleh SKMM beserta inisiatif-inisiatif lain yang ditawarkan kepada rakyat sepanjang tempoh PKP.
*Sumber: Kenyataan Media 27 Mac 2020, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM)