Didik

International University Of Malaya-Wales (IUMW) Akan Mengadakan Edu Carnival 2017 Kini Terbuka Untuk Orang Awam. Jom Ramai-Ramai!

7K
SHARES

The International University of Malaya-Wales (IUMW) dengan bangganya menjadi tuan rumah EduCarnival buat kali pertama dalam sejarah sejak penubuhannya. IUMW merupakan sebuah universiti asas yang dipelopori oleh dua universiti ternama di dunia; University of Malaya, Malaysia dan University of Wales, United Kingdom.

IUMW menawarkan pelbagai program dari Pra-Universiti hingga ke peringkat PHD. IUMW kini akan mengadakan Edu Carnival Day fokus untuk mengalu-alukan bakal pelajar, pelajar semasa, ibu bapa, guru, kakitangan pendidikan dan juga orang awam untuk ke kampus IUMW ini.

Selain itu, karnival ini juga diadakan untuk mempamerkan pelbagai program, kemudahan, serta peluang yang ada di universiti ini bagi meningkatkan lagi nama baik dalam masyarakat pendidikan tinggi.

Karnival yang berlangsung selama 3 hari dengan pelbagai aktiviti yang menarik

Untuk yang berminat untuk menghadirkan diri ke IUMW Edu Carnival 2017 ini, anda semua boleh bawa anak-anak anda yang ingin melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat Masters mahupun PHD hari tersebut.

Masa: 10 am – 5 pm

Tarikh: 19th May 2017 – 21st May 2017

Tempat: International University Of Malaya-Wales (IUMW), Kampus Kota, Jalan Tun Ismail 50480 Kuala Lumpur

Karnival bertempat di kampus IUMW, Kuala Lumpur

Karnival ini akan bertempat di tempat letak kereta kampus IUMW sendiri. Pelbagai jenis permainan, makanan dan juga giveaway yang bakal diadakan. Sangat exciting! IUMW Edu Carnival juga dijalankan untuk memberikan platform yang mudah untuk organisasi lain mencapai matlamat komuniti dan pasaran mereka.

6 food trucks yang akan menjual pelbagai jenis makanan di IUMW Edu Carnival 2017 ini!

Antara pilihan makanan lazat yang akan dijual di setiap food trucks adalah:

  • Dapur NomNom (Butter Chicken Pasta, Kimcheeze Sausage)
  • Melawati Kebab (Regular Pita, Big Pita, Tortilla)
  • Ahrexpress (Nasi Arab – Chicken & Lamb, Lamb Mandee Rice, Kebab Wrap)
  • Awang Truck Coffee (Ice Blended, Coffee, Bubble Tea)
  • Takoyaki Truck
  • Char Kuey Teow Penang

Pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pelajar setiap fakulti

(Henna competition oleh Indian Cultural Society. Selain itu mereka juga akan mengadakan Indian Traditional Food Showcase dan Claypots)

(IUMW Got Talent & Soft Skills – Career Development Seminar ( Conducted by NGO – TalentBase) Student Competition yang akan dianjurkan oleh Student Counsil)

Pelbagai aktiviti yang bakal ada pada hari karnival tersebut tau. Selain itu, fakulti Business Society Club juga akan mengadakan Entrepreneurship Booth dan juga permainan & Mini Sports Activities. Memang tak akan bosan kalau korang datang IUMW Edu Carnival ni! 

Oh ya, untuk yang berminat untuk mendengar talk tentang career advise pun boleh hadirkan diri ramai-ramai. Pastikan korang dah set tarikh pada 19th – 21st May, 2017 untuk pergi ke karnival IUMW ni. Jumpa disana!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×