Famili

Ini Antara 6 Iklan Merdeka 2019 Yang Betul-Betul Beri Makna & Rasa!

1.6K
SHARES

Tarikh 31 Ogos adalah detik keramat yang sangat bermakna buat seluruh rakyat Malaysia. Pada tarikh ini, negara kita mencapai kemerdekaan hasil pengorbanan darah dan keringat nenek moyang kita dahulu.

Seperti kebiasaannya, setiap tahun, kita akan tertunggu-tunggu  video ataupun iklan merdeka yang membawa mesej bermakna sempena hari kemerdekaan. Jom kami senaraikan antara iklan merdeka tahun ini yang bagi kami berjaya menjentik emosi penonton. Yang mana menjadi kegemaran anda?

JALUR LEBAR, JALUR GEMILANG

Iklan Hari Kebangsaan dari TM ini menceritakan tentang Nora yang gigih berusaha untuk mempertahankan seni ukiran kayu tradisional yang diwarisi dari ayahnya. Filem pendek penuh inspirasi ini membawa nilai perpaduan, melalui semangat Jalur Gemilang.

PROJEK FOOTBRAILLE

Iklan Hari Kebangsaan dari Digi ini membuatkan kita throwback semula detik-detik kegemilangan pasukan Malaysia dalam arena bola sepak. Umum sedia maklum, sukan bola sepak membuatkan hubungan kita sebagai rakyat Malaysia bersatu.

Lebih menarik lagi, video ini mengetengahkan projek Footbraille, iaitu peranti yang boleh membantu golongan OKU penglihatan merasai dan menghidupkan kembali peristiwa bermakna buat seluruh warga Malaysia. Kini, semua orang mampu menghayati setiap peristiwa penting tanpa halangan.

HIDUP BERSAMA

Kali ini AirAsia tampil dengan konsep video Merdeka dan Hari Malaysia yang lain dari lain. AirAsia tampil dengan puisi hasil nukilan teragung sasterawan negara, Dato Seri A. Samad Said. Puisi berjudul Hidup Bersama ini dideklamasikan oleh Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad.

GETARAN PERTAMA

Mendapat tontonan sebanyak 1.6 juta di You Tube, filem pendek Getaran Pertama dari Celcom juga menarik perhatian netizen. Filem pendek ini diinspirasikan dari peristiwa sebenar yang berkisar pada tahun 1957, di mana Tan Sri Ahmad Merican dan mendiang Tony Fonseka telah diamanahkan oleh Tunku Abdul Rahman untuk menggalas tugas bagi memimpin Koir Merdeka pertama.

UNI

UNI dari Petronas ini telah mendapat sebanyak 3.6juta tontonan di laman Youtube. Kisah ini berlatarbelakangkan kehidupan seorang pelajar bernama Roger Buang dari Sabah yang baru sahaja berdaftar pengajiannya di Universiti Teknologi Petronas.

Kisah yang mengangkat tema persahabatan ini pasti akan membuatkan anda throwback semula zaman belajar dulu.

62 TAHUN UTUH BERSAMA MALAYSIA

Kalau anda tonton video ini pada awalnya, anda akan merasakan yang Ali, seorang yang tak kisah langsung tentang Hari Merdeka dan tak menyambut merdeka seperti yang lain. Tapi, plot twist di akhir video ini akan membuka mata anda tentang maksud kemerdekaan yang sebenar dan biarpun berbeza cara, namun jiwa kita sebagai rakyat Malaysia tetap sama.

Selamat Hari Merdeka!

Sumber: You Tube

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×