Memperkenalkan produk kebersihan dan penjagaan kulit Biolane di Malaysia, yang direka khusus untuk menghormati kelemahan kulit bayi dan bantu untuk mempertingkatkan pertahanan semulajadi. Ditubuhkan sejak 40 tahun lalu oleh ahli farmasi, Dr Chabrand, produk Biolane dibuat oleh ramuan-ramuan semulajadi yang terpilih. Hydra-Bleine® adalah formulasi yang dipatenkan dan dibuat menggunakan bahan aktif daripada sumber semulajadi (seperti minyak germa gandum). Ia juga membantu mengurangkan kekurangan air (dehidrasi) sambil memelihara dan melindungi kulit, membuatkan Biolane produk yang sesuai untuk kulit bayi yang rapuh dan sensitif – termasuk orang dewasa juga!
Pakar penjagaan kulit bayi, produk Biolane yang berkualiti tinggi telah dijual di farmasi lebih daripada 25 tahun. Biolane digunakan di wad-wad bersalin dan disyorkan oleh pengamal perubatan profesional untuk jutaan bayi baru lahir dan ibubapa mereka sejak dari awal lagi. Biolane membuatkan ibubapa berasa senang tentang kesesuaian produk penjagaan kulit untuk seisi keluarga – sebuah produk yang boleh dikongsi orang dewasa dan kanak-kanak.
Mengenai Biolane
Dengan kewujudan di 8 pasaran Asia, dengan Malaysia merupakan negara terbaru, Biolane kini boleh didapati di 31 cawangan seluruh negara dan boleh didapati di farmasi Caring yang terpilih dari Disember 2016.