Seorang guru berusia 23 tahun dari Filipina ini mendapat perhatian ramai kerana sering dianggap sebagai pelajar sekolah. Mempunyai raut wajah ‘baby face’ dan juga mempunyai suara seperti kanak-kanak membuatkan guru tadika ini sering dipandang rendah. Mana tidaknya, nak minta kerja orang ingat masih kanak-kanak!
BABY FACE BETUL WAJAH!
Ian Francis Manga yang berketinggian 162cm ini mengatakan bahawa beliau sendiri tidak pernah mengalami masalah ‘puberty’ dan tidak pernah juga berjumpa dengan doktor.
MEMANG NAK JADI PENDIDIK
Mempunyai latar belakang dalam bidang Pendidikan, guru muda ini selalu mendapat panggilan ‘Budak Kecil’ oleh orang sekeliling. Tapi, itu tidak mematahkan semangat beliau untuk menghabiskan pendidikan dan menjadi seorang guru.
Sumber : AsiaOne