Rakyat

“Ingat Anak Patung Ke?”- Viral Video Guru Taska Campak Murid Cetus Kemarahan Orang Ramai

150
SHARES

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan Pemulihan, ramai dalam kalangan ibu bapa yang sudah mula masuk bekerja. Inilah masanya ibu bapa akan menghantar anak-anak ke pusat jagaan. Bukan itu sahaja, memandangkan sesi persekolahan bagi murid sekolah dan taska pun sudah bermula, anak-anak akan menghabiskan masa seharian di sekolah atau taska tersebut.

VIRAL GURU CAMPAK MURID TASKA

Terbaharu, terdapat perkongsian video dimana seorang guru taska dipercayai berlaku di Selangor jadi bualan hangat warganet yang rata-ratanya naik angin dengan tindakan didakwa cikgu yang mengasari seorang kanak-kanak.

Dalam video berdurasi lebih kurang seminit itu, seorang guru tadika dilihat seolah-olah mencampak seorang kanak-kanak yang merupakan murid taska tersebut sebanyak dua kali. Lebih menyedihkan apabila perbuatan tersebut diperhatikan oleh rakan-rakannya yang lain. Kejadian itu dipercayai berlaku di tadika kawasan Jalan Kebun, Klang namun masih tidak diketahui secara terperinci.

‘KALAU RASA TAK MAMPU TAHAN, BERHENTI KERJA’

Walau bagaimanapun, perkongsian video itu mengundang kemarahan orang ramai yang berharap agar pihak berkuasa menyelidik kejadian tersebut. Bukan itu sahaja ada juga yang bimbang akan emosi kanak-kanak lain yang melihat tragedi itu dan boleh menjadi teladan yang buruk buat mereka. Tambahan pula, tindakan ini akan membangkitkan rasa bimbang jika mereka semua akan trauma untuk ke sekolah.

Sumber: Nur Kamalia Sari via DLoyeng BC TV

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×