Hantaran di media sosial yang mendakwa seorang individu beragama Islam melakukan ritual agama lain mengundang perhatian, selepas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan siasatan sedang dijalankan berhubung perkara itu.
Menerusi kenyataan media pada 10 Oktober 2026, JAIS memaklumkan bahawa pihaknya sedang meneliti dakwaan berkenaan, termasuk kesahihan maklumat yang mengaitkan kejadian itu dengan perayaan Thaipusam di Batu Caves, Selangor.
JAIS Siasat Dakwaan Individu Islam Lakukan Ritual Agama Lain
Menurut Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, siasatan dimulakan berdasarkan Seksyen 4 dan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.
“Ia membabitkan kesalahan melakukan perbuatan yang menunjukkan pemujaan dengan apa-apa cara menyalahi hukum syarak, dan juga kesalahan melakukan perbuatan yang menyebabkan agama Islam dipandang hina.
“Setakat ini, JAIS belum dapat mengesahkan perbuatan itu dilakukan oleh individu berkenaan ketika perayaan Thaipusam di Batu Caves, sebagaimana (dakwaan) yang ditularkan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Baca juga: Isu Panas Doktor Lelaki Nak Lihat, Sentuh Berlapik Kemaluan Wanita Untuk Bersalin… Ini Hukumnya!
Tak tolak kemungkinan suntingan ‘superimpose’ atau AI

Gambar tular
Beliau berkata, JAIS juga tidak menolak kemungkinan hantaran itu membabitkan suntingan ‘superimpose’ atau kecerdasan buatan (AI).
“Justeru, beberapa fakta mengenai kes itu termasuk tempat kejadian, akan disiasat lebih teliti oleh JAIS dengan segera bagi mengenal pasti bidang kuasa jabatan ini untuk mengambil tindakan lanjut bawah undang-undang yang berkuat kuasa.
“JAIS memandang serius perkara menyentuh persoalan akidah umat Islam di Selangor, dan menegaskan setiap maklumat atau aduan akan disiasat serta diambil tindakan secara profesional, tegas, cepat, tepat dan adil,” katanya.
Sumber: Facebook Jabatan Agama Islam Selangor
FT Image: Tular di media sosial

