Famili

‘Indah Nak Macam Dulu’- Ambil Tugas Jaga Adik Selepas Ibu Tiada, Luahan Kanak-Kanak Ini Undang Sebak

21
SHARES

Siapa yang tidak sedih apabila kehilangan orang yang tersayang dalam hidup bukan? Tambah pula kalau ibu bapa sendiri yang telah tiada dan perasaan sedih tersebut perlu ditanggung oleh anak-anak yang kian membesar. Bayangkan anak-anak yang masih kecil dan bersekolah terpaksa melakukan semua perkara secara sendiri tanpa bantuan mak atau ayah.

Kisah sedih ini turut dikongsikan di laman Facebokk Nazri Ahmad, dimana luahan anaknya yang begitu merindukan arwah isterinya. Namun, lelaki ini pada mulanya berasa kecewa kerana dia tidak lagi menjadi ‘telinga’ yang selalu mendengar luahan anaknya itu sehingga anak sulungnya seolah-olah burn out.

‘INDAH NAK MACAM DULU..’

Menerusi tangkap layar perbualan Whatsapp, anak sulungnya yang dikenali Indah meluahkan rasa rindu akan kenangan-kenangan dulu bersama kedua ibu bapanya. Pada masa yang sama, dia turut meluahkan rasa ‘penat’ dalam menjaga adik-adiknya yang lain di samping perlu menjalankan tugas sebagai seorang pelajar sekolah. Tetapi, luahan tersebut diceritakan kepada orang lain.

Semalam baca whatsapp Indah. Tapi dia bukan whatsapp ke saya. Ke orang lain yang dia selalu mengadu sekarang ni selain saya. Hati retak seribu rasanya. Feels like a failed daddy. Saya di Cheras on the way ke Bangi semalam masa ni, dan sepatutnya lepas setel di Bangi ada niat nak jumpa kawan sekejap di situ yang mai dari Kulim.

“INDAH DAH BURNOUT, INDAH NAK ABAH DEKAT RUMAH..”

Jelas bapa kepada enam cahaya mata ini, apabila membaca luahan tersebut dia telah segera pulang ke rumah untuk berjumpa dengan anak-anaknya walaupun terpaksa merisikokan dirinya dengan memandu kerete dengan laju.

Tapi semua tu saya cancel. Perjalanan dari Cheras ke Bangi tu rasa macam jauh sangat. Dan dari Bangi patah balik ke Shah Alam tu speeding macam apa lagi. Lantaklah nak dapat surat speeding ka apa. Nak cepat-cepat ja sampai rumah. Rasa macam Indah ni dah burn out. Luluh ja hati ni.

Pada masa yang sama, dia turut berasa sedih apabila membaca mesej seumpama tersebut, mungkin kerana anaknya telah lama ‘memendam’ perkara tersebut secara seorang diri. Difahamkan, isterinya meninggal dunia secara mengejut pada Februari yang lalu.

Dalam banyak anak, dia sorang ja yang betul-betul boleh buat abah jadi serba tak kena. Harapnya ada sinar di sebalik semua kesedihan dan ketidakpastian dalam nak adapt semua benda baru ni. Bahagia itu kita cipta dan akan datang sendiri nanti in sha Allah. * Gambar pertama tu, tahun lepas. 2020. Passed away. Sudden death | 6th Feb 2021

Sumber: Nazri Ahmad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×