Inspirasi

Ikan Kerapu Gergasi Ini Baham Jerung Dengan Sekali ‘Ngap’

74
reads
Ikan Kerapu Gergasi Ini Baham Jerung Dengan Sekali 'Ngap'

Ikan Kerapu Gergasi Baham Jerung

Biasanya bila kita ke restoran ‘seafood’, antara lauk yang sedap dan menggiurkan ialah ikan kerapu masak stim, masak 3 rasa, masak masam manis mahupun goreng sahaja. Jika masak sendiri di rumah, tentu lebih kreatif dengan bereksperimen dengan resipi sendiri.

Namun, video ini bukan video masakan. Ini video tentang ‘keganasan’ seekor kerapu gergasi yang berupaya membahan seekor ikan jerung bersaiz 4 kaki. Cukup teruja bila lihat video ikan kerapu gergasi ini. Macam tidak masuk akal yang seekor ikan bukan pemangsa makan ikan jerung pemangsa.

Sumber dari maxxpeacock.blogspot.com menceritakan dengan jelas pelbagai jenis dan spesis kerapu. Beliau mengatakan yang Ikan Kerapu (Grouper) adalah antara ikan paling popular di negara kita, tak kira di mana sahaja pasti terdapat peminat ikan kerapu ini. Permintaan yang tinggi terhadap spesis ikan serta harga yang tinggi dipasaran di Malaysia telah membuatkan pemancing sentiasa memburu ikan ini. Pemancing sanggup meredah lautan lepas selama berhari-hari semata-mata untuk memancing ikan kerapu ini yang mempunyai rasa yang lazat apabila di jadikan hidangan.

Beliau juga mengatakan, kita sebenarnya di Malaysia amat bertuah kerana taburan ikan kerapu banyak di perairan negara kita. Oleh kerana itulah ikan kerapu amat mudah dipancing dimana-mana kawasan air masin dan muara sungai di negara kita. Ikan kerapu sebenarnya mempunyai banyak jenis dan hanya beberapa jenis sahaja yang menjadi buruan pemancing. Setiap spesis juga mempunyai nilai harga yang berlainan bergantung kepada permintaan.

Fikir sekali lagi. Kalau kerapu gergasi seperti ini, anda sanggup makan?

Yang Popular

To Top