Kini Trending

Idola Kecil Musim Baharu Kembali Dengan Konsep Di Rumah, Uji IQ Peserta!

14
SHARES

Setelah bersiaran selama enam musim di TV9, siapa yang tidak mengenali program mencungkil bakat muda iaitu Idola Kecil bukan? Kini, Idola Kecil kembali lagi namun tampil dengan wajah baharu dan bakal disiarkan di TV3. Program realiti Idola Kecil kegemaran ramai ini akan mula bersiaran 10 Oktober ini (Ahad) dan boleh ditonton terus menerusi paparan kaca televisyen mahupun secara live streaming di Tonton.

IDOLA KECIL DI RUMAH TAMPIL KONSEP BERBEZA

Bersesuaian dengan norma baharu yang sedang dialami oleh golongan kanak-kanak iaitu sesi pembelajaran dari rumah, Idola Kecil Di Rumah membuka peluang kepada 6 orang kanak-kanak untuk mengikuti pelbagai pengisian program ilmiah dan rekreasi yang bermanfaat.

Idola Kecil Di Rumah bakal bersiaran di TV3 pada setiap hari Ahad, pukul 3.00 petang bermula 10 Oktober 2021 untuk 8 episod. Program berdurasi satu jam itu menampilkan Sissy Imann sebagai hos dan 6 peserta yang berumur antara 8 hingga 12 tahun. Program ini akan meraikan pemenang mingguan dan seorang pemenang utama di penghujung program berdasarkan prestasi dan cabaran yang dilakukan masing-masing pada setiap minggu.

UJI IQ PESERTA DAN KONGSI TIPS

Idola Kecil Di Rumah mengambil pendekatan melakukan sesi rakaman secara atas talian dengan 6 peserta terpilih ini. Selain melakukan persembahan secara maya dari rumah, para peserta juga diberikan cabaran – cabaran yang berbeza seperti Sembang IK dan Genius IK untuk menguji kebolehan komunikasi, IQ dan kecerdasan otak.

Idola Kecil kali ini akan memaparkan selebriti jemputan dalam setiap episod untuk berinteraksi dengan peserta-peserta ini supaya pengisian program tetap menarik walaupun ia dirakam secara maya. Idola Kecil Di Rumah menampilkan Scott’s sebagai penaja eksklusif.

Idola Kecil Di Rumah menampilkan 6 kanak-kanak yang berbakat besar. Mereka ialah Adaputra Iskandar Danial bin Asdahrizam (Ada, 11 tahun, Selangor), Nur Zulaikha binti Mohamad Riduan (Ikha, 12 tahun, Selangor), NurAdyena Hanim binti Abdul Hamid (Dyna, 11 tahun, Negeri Sembilan), Razfazreyza Fenge bin Mat Rafengi (Reyza, 12 tahun, Selangor), Nur Marsha Auni Zahira (Asha, 12 tahun, Kuala Lumpur) dan Nur Qaireen Izyan Damia binti Jukiri (Qyen, 11 tahun, Sabah).

Selain itu, Sissy Imann juga akan bergandingan dengan hos yang berlainan pada setiap episod. Lebih istimewa, mereka ialah ahli keluarga Idola Kecil iaitu Haqiem Rusli, Afiq Syazwan, Didi Astilah, Syada Amzah, Azzam Sham, Irfan Haris dan Harris Alif!

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Idola Kecil Di Rumah yang menampilkan Scott’s sebagai penaja eksklusif di TV3 pada setiap hari Ahad, pukul 3.00 petang bermula 10 Oktober 2021. Gunakan #IdolaKecilDiRumah #IdolaKecil2021 #scottsrainbow #scottsdhagummies #scottsvitcpastille untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×