Rakyat

Orang Awam Dipelawa Kongsi Idea Tambahbaik Sistem Pendidikan Negara – KPM

47
SHARES

Berdasarkan sebuah kenyataan media oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, sebuah Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara telah ditubuhkan untuk mengkaji semula dasar pendidikan negara.

Ia juga bertujuan menambahbaik kurikulum dan sistem pendidikan dari peringkat prasekolah hingga peringkat universiti.

Kongsi Idea & Cadangan Bernas Anda Ke Saluran Yang Betul

Sehubungan itu, sebarang bentuk cadangan, idea mahupun pandangan boleh dikongsikan melalui borang yang disediakan di pautan berikut: https://goo.gl/forms/fq0dj2BFqQPoGEZx1

Anda juga boleh menulis email secara terus kepada Jawatankuasa Kajian Dasar ini di alamat email [email protected].

Jadi, bagi yang ingin melahirkan sebarang pendapat terhadap sesuatu yang mungkin kita rasa kurang baik, tak puas hati atau patut dikaji, inilah peluang anda untuk berbuat demikian melalui saluran yang betul.

Anda juga boleh menulis tentang aspirasi dan harapan terhadap dasar pendidikan yang difikirkan bersesuaian untik negara kita yang dapat dilaksanakan dalam masyarakat.

Ayuh rakyat Malaysia, semoga dengan gabungan idea kita, anak-anak kita akan dapat ‘merasai’ manfaat dan faedahnya.

Lagipun daripada ‘membawang’ dan mengutuk tak tentu pasal, eloklah kalau kita pakat-pakat sumbang idea masing-masing ke saluran yang sepatutnya, kan?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×