Rumah Tangga

6 Idea Surprise Untuk Suami Yang Gerenti Jadi!

39.9K
reads
Surprise untuk suami

Selalunya kalau tanya hadiah apa nak bagi untuk orang lelaki? Balik-balik jam tangan, wallet, tie, minyak wangi. Tahun depan ulang lagi benda sama. Tahun depannya ulang lagi idea sama. Ulang sampai mereput.

Idea surprise untuk suami

Surprise untuk suami

Foto Kredit: IG sugarsurprise

Tidak kisah samada birthday atau anniversary, cuba bagi surprise yang lain sikit tahun ni.

1.Tiket

Band apa yang suami anda suka masa bujang? Atau muzik genre apa? Manalah tahu band kegemaran dia ada buat tour di Malaysia. Tak salah belanja dia tiket ke konsert band kegemarannya. Sejak berkahwin dan ada anak, mungkin dia selalu sibuk mencari nafkah untuk keluarga. Sesekali layanlah dia tengok pementasan teater atau konsert. Boleh check tiket di TicketPro.

Atau mungkin boleh belikan tiket ke pelawanan bola pasukan kegemaran suami. Atau kalau nak acah-acah sweet, belanja dia tiket pergi dengan anak lelaki anda. Boleh suruh anak jadi spy sekali.

2. Pakej percutian

Pulau Menarik di Malaysia

Foto Kredit: higherdensity.wordpress.com

Suami anda jenis yang suka berjalan-jalan? Nahh..sesuai sangat. Kalau anak-anak dah besar, bolehlah pergi bercuti tempat-tempat yang beraktiviti challenging. asyik-asyik pantai, asyik-asyik zoo. Cubalah rock climbing, atau abseiling. Gerenti suami anda takkan lupa.

3. Aksesori kereta

Haa.. Yang ni khas untuk isteri-isteri berhias. Kalau bajet banyak, bolehlah belanja suami sport-rim kereta atau spoiler. Khasnya untuk suami-suami yang jenis suka make-up kereta. Nak tambah spoiler 3 tingkat, set audio, kitchen cabinet mahupun kolam renang dalam kereta. Bolehhh.. Ada duit semua boleh. Confirm suami anda gembira sampai keturunan akan datang.

4. Upah team pembuat kejutan

Surprise untuk suami

Foto Kredit: IG sugarsurprise

Tak ramai yang tahu kewujudan team yang ambil upah untuk buat surprise. Servis ini agak popular di Instagram. Surprise yang jenis begini sesuai untuk pasangan yang berjauhan. Ala-ala ada orang hantar hadiah, tapi siap belon dan tukang jerit sekali.  Hanya sediakan duit saja.

Boleh cuba intai Instagram floralmuse, royale.creations.entertainment, lovesupersurprise, sugarsurprise dan lain-lain.

5. Online shopping

Surprise untuk suami

Foto Kredit: IG floralmuse

Yang ini idea untuk isteri-isteri yang malas macam saya lah. Order saja barang mana yang berkenan di hati, contohnya di Zalora, Lazada, Groupon atau lain-lain.

Dari stokin, gajet, kupon hingga ke pakej bercuti semua ada! Jangan lupa sertakan alamat penghantaran ke ofis suami untuk impak surprise yang lebih membuatkan officemate suami anda jealous dan meluat. Haha!

6. Gadget

Kebanyakkan lelaki memang suka gajet. Kalau rasa diri kaya, bolehlah  belikan tab, iPad atau handphone baru. Bagi suami-suami yang gila bergambar, boleh hadiahkan mereka barangan fotografi seperti kamera dan perkakasan GoPro. Duit ada, semua jadi.

Bagi yang tak punya bajet lebih, masakkan dinner yang penuh dengan kasih-sayang pun dah cukup sebenarnya. Bak kata Mat Saleh, it’s the thoughts that count.

Yang Popular

To Top