Euforia Bola 2026
Didik

Ibu Bapa ‘Cutikan’ Anak Sempena Hari Guru Kerana Tak Mampu Bagi Hadiah, Cikgu Kecewa Ramai Salah Faham

sambutan hari guru

Hari Guru bukan sekadar satu sambutan tahunan, tetapi simbol penghargaan dan kasih sayang terhadap insan yang mendidik dan membentuk generasi masa depan. Namun, di sebalik kemeriahan sambutan Hari Guru pada 16 Mei setiap tahun, wujud kekeliruan dan salah faham dalam kalangan segelintir ibu bapa mengenai keperluan memberi hadiah kepada guru.

Hal ini kerana, ada yang sehingga sanggup tidak menghantar anak ke sekolah seolah-olah ‘mencutikan’ anak pada hari tersebut kerana tak mampu membelikan hadiah!

Baca juga: Cikgu Dah Banyak Dapat Mug? Boleh Cuba Idea Hadiah Hari Guru Bajet INI Tapi ‘Touching’ Habis!

IBU BAPA ‘CUTIKAN’ ANAK KE SEKOLAH DI HARI SAMBUTAN HARI GURU, SEBAB TAK BELI HADIAH

sambutan hari guru

Foto hiasan.

Isu ini mengundang pelbagai reaksi, khususnya daripada warga pendidik yang sebenarnya tidak pernah mengharapkan sebarang pemberian, sebaliknya cukup dengan sekadar ucapan dan ingatan tulus daripada anak murid.

Tindakan sebegini kadangkala menimbulkan rasa kecewa dalam kalangan guru, apabila sambutan hari yang sepatutnya menggembirakan dianggap sebagai satu beban. Malah, ia diluahkan oleh seorang guru di laman Threads.

“Kenapa sampai perlu ponteng sekolah semata-mata kerana tak mampu beri hadiah, walaupun sekadar gula-gula?” luah seorang guru.

Beliau turut menjelaskan bahawa guru-guru tidak pernah meletakkan sebarang harapan untuk menerima hadiah daripada murid-murid.

“Hadiah bukan satu kewajipan dan bukan keperluan. Kami pun tak pernah ambil kisah. Tapi apa yang betul-betul menyentuh hati ialah bila pelajar yang serba kekurangan sanggup memberi sesuatu dari apa yang mereka ada,” katanya lagi.

Guru ini turut menceritakan bahawa apabila ada anak murid yang kurang berkemampuan datang dan berusaha untuk memberikan hadiah kepada guru, mereka menyambut dengan hati yang tersentuh dan salam berisi wang sebagai tanda kasih dan sokongan.

Sementara itu, ada pengguna media sosial berpendapat isu hadiah Hari Guru sering kali diperbesarkan oleh sebahagian ibu bapa yang gemar mencetuskan polemik.

“Ada ibu bapa yang suka memperbesarkan perkara, sedangkan guru langsung tidak meminta apa-apa hadiah. Apabila perkara ini tular, makin ramai pula yang menyebarkan komen negatif secara beramai-ramai”

“Bagi kami, hadiah bukan perkara utama. Cukuplah kalau anak-anak ingat dan ucapkan selamat, itu sudah cukup berharga.

“Bila timbul isu begini, mulalah timbul tuduhan kononnya guru mengharap hadiah, minta hadiah mahal dan sebagainya,” tulis seorang netizen.

sambutan hari guru

Foto: Freepik

*Sudah tiba masanya masyarakat menyemai kefahaman bahawa penghargaan tidak semestinya datang dalam bentuk hadiah. Hadiah yang paling bermakna buat guru adalah penghormatan, ucapan terima kasih dan kejayaan anak murid mereka.

Semoga Hari Guru diraikan dengan jiwa yang lebih murni, tanpa tekanan, tanpa beban, tetapi dengan penuh rasa hormat dan kasih sayang. Terima kasih cikgu!

Baca juga: Minyak Angin Gantikan Bunga, Cikgu BM Terima Hadiah Hari Guru Paling ‘Win’ & Berguna!

Sumber: mStar Online, Threads

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×