DIY & Kraf

Idea Penstoran Barang Mainan Anak Supaya Tak Bersepah & Mudah Simpan

565
SHARES

“Baru je kemas mainan, dah bersepah balik…”

Barang mainan anak yang bertaburan dan bersepah dalam rumag merupakan situasi biasa yang berlaku jika anda mempunyai anak-anak kecil di rumah. Baru sahaja simpan dalam kotak, dah bersepah semula. Hal ini kerana barang mainan tersebut tidak diklasifikasikan dan disusun dengan betul supaya mudah diambil dan disimpan.

Oleh itu, perkongsian dari ibu ini ternyata dapat membantu anda semua supaya lebih mudah untuk simpan barang mainan anak yang ‘segunung’ itu mengikut kepada klasifikasi yang betul. Mudah nak ambil, mudah juga nak simpan!

Beberapa idea penstoran mainan Aqil dibeli di Eco

Memandangkan minggu ni antara ruang yang perlu diberi perhatian dalam cabaran mengemas 30 hari di dlm group, hani ambil keputusan alang-alang mengemas tu, hani re-label semula bekas-bekas mainan Aqil ni. Dulu hani guna label make shj buat label. Sekarang ni tukar pesen label bergambar pulak. Softcopy label bergambar yang hani guna dan buat ada dalam gambar dua terakhir. Feel free utk save dan print di atas kertas sticker.

Proses decluttering mainan Aqil ni hani buat sebulan – tiga bulan sekali. Semasa proses tu hani pilih mainan dia mana yang nak dibuang atau diberi orang. Boleh gunakan cheat sheet pada gambar yang ke lapan. Pada asasnya setiap minggu hani mengemas mainan Aqil hanya tumpukan pada proses membuang habuk dan sapu karpet dan lantai sahaja.

Memandangkan minggu ni antara ruang yang perlu diberi perhatian dalam cabaran mengemas 30 hari di dlm group, hani ambil keputusan alang2 mengemas tu, hani re-label semula bekas2 mainan Aqil ni. Dulu hani guna label make shj buat label. Skrg ni tukar pesen label bergambar pulak. Softcopy label bergambar yang hani guna dan buat ada dalam gambar dua terakhir. Feel free utk save dan print di atas kertas sticker.

Proses decluttering mainan Aqil ni hani buat sebulan – tiga bulan sekali. Semasa proses tu hani pilih mainan dia mana yang nak dibuang atau diberi orang. Boleh gunakan cheat sheet pada gambar yang ke lapan. Pada asasnya setiap minggu hani mengemas mainan Aqil hanya tumpukan pada proses membuang habuk dan sapu karpet dan lantai sahaja.

PENYEDIAAN BARANG STEP-BY-STEP

Boleh print atas kertas sticker atau boleh print atas kertas biasa dan tampal soletape atasnya atau  boleh print atas kertas biasa dan laminate kemudian baru tampal pada bekas guna double tape.

Hanya gunakan bekas bertutup dari Eco.

File case dari Eco. Tapak puzzle Hani tampal di luar file. Puzzlenya Hani simpan dalam file. Lepas main terus kemas so peluang untuk hilang puzzlenya adalah tipis.

Hani gunakan pigeon hole terpakai sahaja, selagi ada guna sahaja . Sebelah kanan rak ni kawasan wardrobe Aqil. Sebelah kanan kawasan study area Aqil. Kiranya bahagian belah kiri dinding dalam bilik ni semua khas utk Aqil. Belah kanan ialah ruang pakaian Hani dan husband.

*Tersusun rapi! Barulah senang nak cari barang mainan anak-anak dan mudah nak simpan.

Sumber : Hani Mynis

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×