DIY & Kraf

Kreatifnya, Ibu Ini Gigih Buat ‘Pulut Ultraman’ Untuk Birthday Anak

142
SHARES

Setiap kali harijadi anak, ibu-ibu mesti nak sediakan kek atau menu favourite anak-anak kan? Masa inilah anak boleh buat special request untuk minta macam-macam ikut suka dia. Dah nama pun setahun sekali, mesti ibu-ibu akan cuba juga usahakan ikut kreativiti masing-masing.

Inilah yang dilakukan oleh Puan Anis Marcela seperti yang dikongsikan menerusi Facebook. Bukan saja kreatif, tapi cukup unik. Mungkin boleh jadi inspirasi untuk ibu-ibu yang ada anak-anak peminat tegar Ultraman juga.

Berikut adalah gambar dan komen yang dikongsikan beliau:

Hebat betul pengaruh atromen ya?
Tunaikn prmintaan besday boy ??
Tak suka mkn kek sbb manis katanya?
Ingt senang ke nk ambik hati anak??
Bangun pagi tanya mana pulut atromen??
Gigihlah siapkn..tk prnh di buat org ??
Utk anak,yg tk boleh pon jadi boleh
Doakn yg baik2 utk anak brtuah sy ?

Ini gambar baru siap buat muka.

Dah siap hias, suruh letak Ultraman dan raksasa pulak kat tepi!

Excited nak tiup lilin tu…

Inilah dia peminat Ultraman cilik yang nak sambut birthday tu.

Selamat Hari Jadi, Adik!

Ibu kena simpan gambar ni elok-elok tau. Memori yang indah, mesti gigih ibu cari idea demi anak tersayang!

Bagus juga sebab gunakan pulut, tak adalah rosak gigi dengan kek-kek manis dan coklat semua kan? Pekena dengan rendang memang sedap. Boleh makan ramai-ramai sekali dengan raksasa tu sekali. Hehe.

 

Kami doakan semoga adik membesar menjadi anak soleh yang mentaati ibu bapa. Sannah helwah!

 

*Sumber : Facebook Anis Marcela, Masak Apa Hari Ni (MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×