Famili

Ibu Tunggal Meninggal Dunia Akibat Covid-19, Tinggalkan 6 Orang Anak…

952
SHARES

Sejak melandanya penularan wabak Covid-19 ini, bukan sahaja ramai yang terjangkiti malah ramai juga dalam kalangan kita terutama ahli keluarga yang pergi dijemput Illahi. Begitu juga dengan perkongsian kisah sedih di laman Facebook apabila siapa sangka, seorang ibu tinggal meninggal dunia akibat jangkitan wabak pandemik ini lalu meninggalkan enam orang anak. Tiada siapa sangka perkara ini akan terjadi…

Baca juga: Mak Ayah ‘Pergi’ Akibat Covid-19, Lapan Beradik Jadi Yatim Piatu Dalam Masa 3 Hari

IBU TUNGGAL MENINGGAL, TINGGALKAN 6 ORANG ANAK

Kisah menyayat hati ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Shahanim Mohamad Yusoff, menceritakan kisah seorang ibu tunggal yang meninggal dunia akibat terkena jangkitan Covid-19.

Seorang lagi ibu muda tewas akibat Covid-19. Segalanya Kehendak Allah. Ibu tunggal meninggal dunia dan meninggalkan 6 orang anak kluster kilang. Ya Allah kuatkan hati ini dan kami semua. Sihatkan diri kami semua untuk terus membantu.

Menerusi ruangan komen, rakan baik kepada arwah menjelaskan dia sudah meminta kawan baiknya untuk pergi ke klinik bagi mendapatkan ubat dan membuat ujian swab. Arwah bagaimanapun, menjelaskan sudah mengambil ubat sebelum dijemput Allah S.W.T. buat selama-lamanya. Difahamkan juga, arwah sudah lama bercerai dengan suaminya.

Sahabat baik saya ni Dato, terima berita dari adik arwah pukul 8.30pagi. Dia meninggal pukul 7.30pagi. Last call saya 27.7.2021. Baru ni bagitahu dia demam-demam and suruh pergi klinik buat swab test dia cakap dah pi klinik ambil ubat.

AL-FATIHAH

Bukan itu sahaja, membaca kisah mengundang sebak ini, ramai dalam kalangan pengguna Facebook turut menyuarakan rasa sedih dengan nasib anak-anak arwah. Diharapkan semoga anak-anak arwah dapat dijaga dengan baik.

Sumber: Shahanim Mohamad Yusoff

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×