Percutian

Ibu Tertinggal Anak Di Airport, Kapal Terbang Jeddah-KL Terpaksa Berpatah Balik

273
SHARES

Fuh, kalau tertinggal benda lain tak apa. Tapi bayangkan macam mana rasa nak gugur jantung kalau kita tersedar anak dah tertinggal dekat airport bila kapal terbang dah berlepas!

Menurut berita, sebuah pesawat Arab Saudi berlepas dari Jeddah menuju ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik apabila seorang penumpang wanita tertinggal anaknya di lapangan terbang.

Video Insiden Menjadi Viral

Juruterbang penerbangan SV832 dilapor meminta kebenaran pusat kawalan trafik udara untuk berpatah balik selepas seorang penumpang memberitahu kru yang dia telah tertinggal anaknya di terminal boarding.

Sebuah video insiden ini menjadi viral di media sosial yang menunjukkan juruterbang meminta izin daripada pegawai ATC untuk kembali ke lapangan terbang.

Disebabkan kes begini tak pernah berlaku, semua pihak pada awalnya terkejut dan teragak-agak untuk mengambil tindakan mengikut protokol yang sewajarnya.

Pegawai ATC tersebut, selepas mencatatkan nombor pesawat, telah bertanyakan kepada rakan kerjanya tentang protokol yang perlu digunakan.

“Pesawat ini meminta untuk berpatah balik… ada seorang penumpang tertinggal bayinya di ruang berlepas, kasihan…,” katanya yang terpaksa bertanya kembali tujuan permintaan juruterbang itu untuk pengesahan.

“OK, patah balik ke pintu (pelepasan). Ini suatu yang baru bagi kami!”

Difahamkan yang juruterbang tu akhirnya berpatah balik. Nasiblah dia prihatin kan?

Foto Kredit: someecards.com

Pengajaran Agar Kita Lebih Berhati-hati

Apa pun, mak-mak lepas ni kena lebih berhati-hati tau! Pastikan check semuanya sebelum pergi mana-mana sebab kecuaian begini memang betul-betul boleh terjadi bila otak kita tengah kelam-kabut atau terlalu letih.

Anak hilang dari pandangan pun kita boleh rasa nak putus nyawa, apatah lagi kalau berada dalam keadaan begini.

*Sumber: Gulf News, Astro Awani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×