Famili

Ibu Mentua Suruh Bangun 4 Pagi Setiap Hari, ‘Nasiblah’ Si Menantu…

31
SHARES

Sudah menjadi lumrah dalam kalangan anak menantu apabila berlaku perselisihan faham. Ini juga memberi bayangan ngeri buat mereka yang masih belum berkahwin kerana risau mendapat keluarga mentua yang tidak sependapat. Kata orang, dapat mentua yang baik dan sayang dengan kita itu adalah rezeki bukan? Tapi tidak semua yang dapat merasai ‘rezeki’ tersebut kerana ada yang disuruh bangun 4 pagi oleh ibu mentua!

Baca juga: Dituduh Mandul Oleh Ibu Mentua & Hampir Bercerai, Rupanya Suami Yang Problem..

IBU MENTUA SURUH BANGUN 4 PAGI SETIAP HARI

Berdasarkan perkongsian di TikTok, Syahririn memuat naik sebuah video yang merakamkan situasi di mana ibu mentuanya sedang menjerit di luar bilik manakala dia baru terjaga dari tidur.

Dakwa Syahririn, ibu mentuanya naik angin kerana sudah bangun awal daripada menantu. Dakwanya lagi, dia yang tinggal di rumah mentua dikehendaki untuk bangun seawal empat pagi setiap hari. Selain itu, dia juga dituduh ingin merebut anak lelaki ibu mentuanya itu sekiranya mereka menyewa di tempat lain.

“SUAMI CARILAH RUMAH LAIN KALAI ISTERI TAK SELESA…”

Di ruangan komen, rata-rata warganet memberi pendapat masing-masing. Ada yang mencadangkan agar wanita itu mengajak suaminya untuk hidup berdikari.

Posting itu juga menjadi tempat di mana golongan wanita berkongsi pengalaman sama yang terjadi dalam rumah tangga. Malah, ada yang sempat berseloroh meminta wanita itu mencari suami baru. Bukan itu sahaja, ada yang memberi cadangan supaya ibu mentua sepatutnya jadi orang yang ‘sporting’.

Sumber: TikTok @Syahririn 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×