40 Minggu

Ibu Mengandung Dah Boleh Buat Buku Pink Online. Lagi Mudah, Cepat & Kurang Risiko COVID-19

35
SHARES

Ibu-ibu mesti kenal dengan Buku Pemeriksaan Kehamilan KKM atau ‘Buku Pink KKM’ kan?

Bagi ibu-ibu yang kali pertama mengandung dan tak tahu tentang Buku Pink, anda boleh pergi ke klinik kerajaan yang dikenali sebagai Klinik Kesihatan Ibu & Anak ( KKIA ) bagi mendapatkan pemeriksaan sebelum bersalin dan pemeriksaan pertama pada fasa awal kehamilan.

Tak kisah lah anda merancang untuk bersalin di hospital kerajaan atau swasta, anda boleh mendaftar dan menghadiri pemeriksaan berkala di KKIA yang berhampiran.

Buku Pink ini seeloknya dibuat sebelum kandungan memasuki 12 minggu.

Jika TIDAK, ia mungkin akan dikira sebagai ‘Late booking’.

Disebabkan musim wabak ini, Jabatan Kesihatan Negeri Johor telahpun memperkenalkan norma baharu untuk buat Buku Pink Online ini.

Ibu Mengandung Dah Boleh Buat Buku Pink Online – JKN Johor

Menurut Public Health Malaysia, selain inovasi Temujanji Online, kini penduduk negeri Johor sudah boleh mendaftar kehamilan (Buku Pink) secara online sahaja.

Buku pink online

Pelbagai perkhidmatan / rawatan seperti tampal gigi, cabut gigi, demam, cirit birit, saringan pengantin, ambil vaksin, dan sebagainya sudah boleh ditempah dengan appointment online di klinik-klinik kesihatan negeri Johor.

Sangat mudah kan?

Kali ini, JKN Johor baru saja melancarkan produk baru iaitu Buku Pink Online untuk pendaftaran kehamilan ibu mengandung.

Dengan kemudahan ini, bakal ibu boleh buat buku pink online dengan cepat dan mudah, macam buat passport online.

Caranya senang saja.

Jom tengok langkahnya di bawah.

Langkah Daftar Kehamilan Online (Buat Buku Pink Online)

1. Scan QR

2. Pilih tarikh appointment bila nak datang

3. Isi maklumat buku pink

4. Print screen temu janji

5. Datang pada tarikh tersebut

6. Buku pink dah siap!

Boleh jumpa misi atau doktor. Lepas selesai jumpa dah boleh balik.

Senang bukan?

Jimat masa menunggu kat klinik ibu dan anak yang ramai dan sesak itu.

Penjarakan sosial pun lebih terjamin, maka kuranglah risiko untuk jangkitan COVID-19.

Tentunya ini merupakan inisiatif norma baru yang sangat bagus kepada penduduk negeri Johor.

Diharapkan ianya dapat dikembangkan ke negeri lain juga kan?

*Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×