[infobox]
AMARAN: Jangan tengok kalau ada lemah jantung.[/infobox]
Benarlah kata orang, seorang ibu sanggup mengorbankan dirinya untuk anak-anak, suami dan keluarga.
Ibu sentiasa memikirkan anak dahulu
Kami terinspirasi dengan sikap seorang ibu yang selalu mendahulukan orang lain. Anak dahulu yang difikirkannya, bukan dirinya sendiri. Hebat naluri seorang ibu!
Seorang ibu maut apabila sebuah eskalator runtuh di sebuah pusat membeli-belah di China. Bagaikan boleh ‘menghidu‘ kematiannya sendiri, beliau bertindak nekad dengan ‘mencampak‘ anaknya agar dapat diselamatkan.
Berusia 30 tahun, ibu yang bernama Xiang Liujuan sedang menaiki eskalator di pusat membeli belah Anliang yang terletak di Jingzhou bersama anak lelakinya yang baru berusia dua tahun itu. Malangnya, apabila mereka sampai ke bahagian atas hujung eskalator, plat lantai tiba-tiba roboh dan ibu itu jatuh melalui lantai ke ‘dalam‘ eskalator tersebut.
Ibu maut
Kejadian ngeri ini yang dirakamkan pada CCTV ini menunjukkan saat getir dan luar biasa wanita tersebut yang sempat ‘mencampak‘ dan ‘menyumbat‘ anak kecil itu ke arah kakitangan pusat membeli-belah.
Dua kakitangan pusat membeli belah itu juga cuba untuk menyelamatkan Liujuan kerana dia masih lagi teruntai di atas mesin eskalator yang masih lagi berpusing, tetapi gagal menyelamatkannya.
Penyelenggaraan baru sahaja dijalankan pada eskalator dan laporan awal mendakwa seorang pekerja terlupa untuk skru penutup akses belakang ke tempatnya.
Tragis.
Sumber: YouTube