Famili

Ibu Bapa Perlu Tahu 6 Tips Berguna Ini Sebelum Beli Botol Susu Anak

131
SHARES
Foto Kredit : wonderma.sg

Pernah tak anda membeli botol susu tetapi anak tidak suka menghisap botol tersebut. Selalunya mereka akan menolak untuk minum susu dari botol tersebut kerana berasa “tidak kena”.

Pening juga untuk ibu bapa nak membeli dan memilih botol susu untuk anak. Sebenarnya pemilihaan membeli botol susu dan puting botol sangat perlu dititkberatkan.

Kadang-kadang anda tidak tahu sama ada botol atau puting botol tersebut sesuai ataupun tidak dengan anak. Kimi kongsikan 8 panduan berguna membeli botol susu dan puting botol susu yang sesuai untuk anak anda.

1. Bentuk Puting Botol

choose-a-nipple-for-an-infant-bottle-step-7

Foto Kredit : wikihow.com

Ada anak yang cukup cerewet dengan bentuk dan jenis puting yang mereka hisap. Jika mereka menolak untuk meminum susu botol, periksa semula jenis puting yang anda gunakan.

Cuba tukar puting yang mempunyai saiz lebar  dan menyerupai payudara ibu. Cuba susukan anak secara perlahan-lahan, mungkin mereka akan suka dan terbiasa dengan bentuk tersebut.

Bentuk puting yang paling  baik adalah yang berbentuk seperti puting payudara ibunya. Walaubagaimanapun, anda digalakkan membeli dan mencuba satu persatu bentuk puting botol yang sesuai dan disukai oleh anak anda.

Ada botol susu, putingnya panjang, ada yang pendek. Ada juga yang agak keras dan ada yang lembut. Biasanya puting yang warna kuning lebih lembut dan paling disukai oleh bayi. Disarankan menggunakan puting jenis silicone atau getah.

2. Bebas BPA

Ini yang paling penting. Botol susu yang kita pilih mestilah BPA Free. Apakah itu BPA? BPA ialah singkatan nama bagi Bisphenol A sejenis bahan kimia yang lazimnya ditemui pada botol susu bayi.

BPA berpotensi memberikan masalah kepada tumbesaran bayi dan kesan dengan penyakit kanser kepada bayi tersebut.

3. Jenis Botol

153e871f_img_6067

Foto Kredit : popsugar.com

Ada sesetengah ibu suka membeli botol susu jenis kaca sebab tidak berbau.Ada juga yang suka membeli botol plastik sebab ringan dan selamat untuk bayi.

Bagaimanapun, botol plastik adalah jenis yang paling disarankan kerana saiznya yang lebih ringan dan tidak mudah pecah terutama jika anak anda mengamuk dan membaling botol tersebut.

Selain itu, bentuk dan corak yang terdapat pada botol juga memainkan peranan penting. Sekiranya ia tidak cantik di mata anak anda, mungkin mereka tidak mahu menghisapnya langsung.

4. Sukatan Botol Susu

Botol susu mempunyai banyak saiz. Ada yang kecil (5 oz) dan ada yang besar (8/9 oz). Terdapat sesetengah ibu malas hendak membeli botol banyak kali, jadi terus beli yang besar.

Namun, anda perlu tahu yang botol susu perlu diganti setiap 3 bulan ataupun apabila botol susu tu dah bercalar sekiranya menggunakan botol plastik. Jadi, beli lah botol bersaiz sederhana agar tidak rasa membazir.

5. Harga

Faktor harga botol susu dan putingnya perlu diambil kira juga. Botol mungkin kita tidak ditukar selalu, tetapi putingnya kita perlu tukar selalu. Jadi, kanda perlu mengambil kira faktor harga botol susu tersebut.

6. Satu botol

302011_22207_xl-1

Foto kredit : 4akid.co.za

Sentiasa membeli satu botol pertama sebagai percubaan. Perhatikan jika botol yang dipilih serasi dengan bayi atau tidak.

Jika anak anda serasi, bolehlah teruskan menggunakan jenis botol tersebut dan menambah stok yang ada. Jika tidak serasi, anda perlu mencari jenama lain yang anak anda sesuai.

Elakkan pembaziran. Sentiasalah menjadi pembeli yang bijak walapun hanya membeli botol susu anak.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×