Famili

Ibu Bapa Dah Boleh Bawa Anak Ke Pawagam Mulai 4 Disember

99
SHARES

Berita baik untuk ibu bapa, MKN telahpun mengemaskini SOP ke pawagam dan kini membenarkan kanak-kanak bawah 12 tahun masuk ke panggung wayang dengan syarat ibu bapa telah menerima vaksin lengkap.

Perkara ini turut dimaklumkan oleh pengusaha pawagam terkemuk negara, GSC melalui sebuah hantaran di Instagram dan Facebook mereka.



Menurut Harian Metro, pengusaha pawagam teruja apabila premis mereka kembali meriah selepas kanak-kanak bersama ibu bapa yang lengkap vaksin kini dibenarkan untuk menonton wayang bersama.

Pengurus Perhubungan Awam dan Jenama GSC, Sharmine Ishak berkata, kebenaran itu dibuat pada waktu yang cukup tepat memandangkan hujung tahun adalah musim cuti sekolah.

“Selepas pengumuman prosedur operasi standard (SOP) dikuatkuasa, kami mula menerima kedatangan kanak-kanak bersama ibu bapa atau penjaga pada 4 Disember lalu.



“Panggung wayang menjadi lebih meriah kini dengan kanak-kanak sejak pengumuman terbabit. Kami berharap lebih ramai penonton dari kalangan keluarga akan kembali dalam masa terdekat.

“Hujung tahun kebiasaannya menjadi masa terbaik untuk keluarga luangkan masa bersama. Jadi, kami sangat teruja mengalukan kedatangan mereka dengan SOP terkini yang ditetapkan,” katanya.

Sharmine juga percaya penayangan filem yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga bakal menjadi tarikan terbaik supaya lebih ramai keluarga kembali ke pawagam. 

“Ia bertepatan dengan penayangan banyak filem yang mesra keluarga. Filem itu termasuk Encanto, Ghostbusters: Afterlife, Spider-Man: No Way Home, dan The Matrix Resurrections,” katanya.

Terdahulu, pengusaha pawagam memaklumkan  mereka dalam proses berunding dengan kerajaan bagi mendapatkan kebenaran keluarga bersama kanak-kanak dibenarkan memasuki panggung wayang.

*Sumber: GSC, Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×