Nur

Hukum & Cara Baca Qunut Nazilah Dalam Solat- Mufti WP

19
SHARES
qunut nazilah

“Apakah hukum dan bagaimana pula caranya untuk baca Qunut Nazilah?”

Mungkin ramai dalam kalangan kita yang masih keliru dengan cara bacaan Qunut Nazilah, bila waktu yang sesuai untuk dibaca dan adakah boleh dibaca luar dari waktu solat fardhu? Berikut merupakan penjelasan dari Mufti Wilayah Persekutuan.

HUKUM & CARA BACA QUNUT NAZILAH

qunut nazilah

Apakah hukum membaca qunut Nazilah ketika orang Islam ditimpa musibah?

Berdasarkan hadis-hadis di atas, Imam al-Nawawi mengatakan bahawa pendapat yang sahih di sisi mazhab al-Syafie adalah:

ان نزلت بالمسملين نَازِلَةٌ كَخَوْفٍ أَوْ قَحْطٍ أَوْ وَبَاءٍ أَوْ جَرَادٍ أَوْ نَحْوِ ذَلِكَ قَنَتُوا فِي جَمِيعِهَا وَإِلَّا فَلَا

Maksudnya: Sekiranya ditimpa ke atas orang-orang Islam musibah seperti ketakutan, kebuluran, wabak, (serangan) belalang dan lain-lain, maka dibacakan qunut pada semua solat, namun jika tiada musibah, maka tidak perlu membaca qunut”. (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 3/475)

Selain itu, Imam al-Syafi’ie di dalam kitab al-Umm menyatakan bahawa sekiranya ditimpa musibah boleh membaca qunut Nazilah pada waktu yang dilarang membaca qunut. Ini berdasarkan pendapat beliau:

وَلاَ قُنُوتَ فِي صَلاَةِ الْعِيدَيْنِ وَلاَ الِاسْتِسْقَاءِ , وَإِنْ قَنَتَ عِنْدَ نَازِلَةٍ لَمْ أَكْرَهْ

Maksudnya: Tidak ada qunut ketika solat dua hari raya dan solat Istisqa’. Sekiranya membaca qunut ketika musibah, aku tidak memakruhkan. (Lihat kitab al-Umm, 2/510)

Antara Keadaan yang Dibacakan Qunut Nazilah

Menurut Mulla Ali al-Qari, diriwayatkan bahawa Saidina Abu Bakar membaca qunut ketika memerangi Musailamah al-Kazzab dan ketika memerangi ahli kitab. Lihat Mirqat al-Mafatih (4/417).

Dinyatakan bahawa Saidina Umar RA, ketika memerangi orang nasrani membaca doa qunut nazilah di dalam solatnya:

” اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْتَعِينُكَ وَنَسْتَغْفِرُكَ وَنُثْنِي عَلَيْكَ وَلا نَكْفُرُكَ ، وَنُؤْمِنُ بِكَ وَنَخْلَعُ وَنَتْرُكُ مَنْ يَفْجُرُكَ ، اللَّهُمَّ إِيَّاكَ نَعْبُدُ ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِلَيْكَ نَسْعَى وَنَحْفِدُ ، وَنَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخَافُ عَذَابَكَ إِنَّ عَذَابَكَ بِالْكُفَّارِ مُلْحَقٌ ، اللَّهُمَّ عَذِّبِ الْكَفَرَةَ ، وَأَلْقِ فِي قُلُوبِهِمُ الرُّعْبَ ، وَخَالِفْ بَيْنَ كَلِمِهِمْ ، وَأَنْزِلْ عَلَيْهِمْ رِجْسَكَ وَعَذَابَكَ ، اللَّهُمَّ عَذِّبْ كَفَرَةَ أَهْلِ الْكِتَابِ الَّذِينَ يَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِكِ وَيُكَذِّبُونَ رُسُلَكَ وَيُقَاتِلُونَ أَوْلِيَاءَكَ ، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ، وَالْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ ، وَاجْعَلْ فِي قُلُوبِهِمُ الإِيمَانَ وَالْحِكْمَةَ ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُولِكَ ، وَأَوْزِعْهُمْ أَنْ يُوفُوا بِعَهْدِكَ الَّذِي عَاهَدْتَهُمْ عَلَيْهِ ، وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ، إِلَهَ الْحَقِّ وَاجْعَلْنَا مِنْهُمْ

Maksudnya: “Ya Allah kami memohon darimu pertolongan dan keampunan, kami memujimu dan tidak sesekali kami mengkufurimu, dan kami beriman kepadamu, kami menjauhi dan meninggalkan mereka yang menderhakaimu, wahai tuhan yang kami sembah,dan kepadamu kami menunaikan solat dan bersujud, dan kepadamu kami menuju, dan kami mengharapkan rahmatMu, dan kami sangat takut akan azabMu, Sesungguhnya azabMu untuk mereka yang mengkufurimu,Ya Allah azabkanlah orang kafir, dan letakkanlah di hati mereka ketakutan, dan berbalikkanlah kesatuan mereka, dan turunkanlah laknat dan azab darimu, Ya Allah azabkanlah orang kafir dari ahli kitab yang menghalang jalanMu dan tidak membenarkan Rasaul-rasulmu dan membunuh para auliya’Mu, Ya Allah ampunkanlah orang-orang mukmin, dan orang-orang Islam, dan perelokkan serta satukan kesatuan mereka, dan letakkanlah di hati mereka iman dan hikmah,dan kekalkan mereka di atas agama rasulMu, dan ilhamkan mereka untuk setia dengan janjiMu yang telah engkau janjikan, dan bantulah mereka dalam menghadapi musuhmu dan musuh mereka, Wahai tuhan yang benar, jadikanlah kami dari golongan yang engkau bantu”. Lihat Futuhat Rabbaniyah (3/301).

Kesimpulan

Berdasarkan nas dan hujah di atas, kami berpendapat bahawa membaca qunut nazilah ketika umat Islam ditimpa musibah besar yang boleh memudaratkan Islam dan Umat Islam secara keseluruhan seperti diperangi secara nyata atau dikhianati musuh, adalah diharuskan.

Sebagai contoh dalam konteks hari ini, dapat dilihat ketika mana Gaza dan Syria dilanda peperangan, imam Masjid al-Haram membaca qunut nazilah mendoakan kemenangan ke atas orang Islam di sana sekaligus mendoakan kehancuran serta memohon kepada Allah diturunkan bala bencana ke atas orang kafir yang memerangi orang Islam.

Kami juga berpendapat, sewajarnya umat Islam memperbanyakkan istighfar, taubat, sedekah,dan ketaatan kepada Allah. Ini kerana ia akan menyelesaikan banyak kemelut yang dihadapi oleh ummah. Benarlah firman Allah SWT,

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ﴿١٠﴾ يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا

Maksudnya: “Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu” (Surah Nuh ayat ke: 10-11)

Semoga Allah SWT mengurniakan kefahaman kepada kita dalam melaksanakan segala suruhan-Nya. Amin.

Sumber: Mufti WP

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×