Percutian

PLUS Cadang Bina ‘Time Capsule’ Di RnR Tahun Depan

82
SHARES

Selain isu kemalangan jalan raya di musim perayaan, sekarang ni makin banyak kes tidur dalam kereta bertukar tragedi hingga melibatkan kehilangan nyawa akibat lemas dalam kenderaan.

Ini semua gara-gara terlalu letih dan mengantuk semasa memandu selain kurang kesedaran awam tentang bahaya yang boleh berlaku ketika tidur dalam kenderaan.

Sehubungan itu, Plus Malaysia Berhad (PLUS) bercadang membina kapsul tidur bagi pengguna Lebuhraya Utara-Selatan berehat dan melepaskan penat, terutamanya kepada pemandu kenderaan berat.

Hotel kapsul rnr

Foto Kredit: Wikimedia

Kapsul Tidur Dijangka Dibina Tahun Hadapan

Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail berkata cadangan itu kini pada peringkat kajian dan projek rintisnya dijangka direalisasikan pada tahun hadapan.

“Kita sentiasa melihat kepada kemahuan pengguna… kapsul tidur yang juga dipanggil ‘time capsule’ ini akan memberi peluang kepada pemandu terutamanya pemandu kenderaan berat untuk mereka ambil ‘quick nap’ pada waktu malam sebelum mereka meneruskan pemanduan.

“Ini antara penambahbaikan fasiliti sedang dikaji dan kita berharap langkah ini nanti dapat mengurangkan keletihan dalam kalangan pemandu kenderaan berat dan mereka boleh memandu dalam keadaan segar… sekali gus dapat mengurangkan kadar kemalangan akibat mengantuk dan kepenatan,” kata beliau menerusi laporan oleh Bernama ketika menerima kunjungan daripada delegasi pertubuhan berita itu di Persada PLUS.

Tak Perlu Hotel, Quick Nap Memadai

“Dahulu PLUS pernah membuka hotel di sepanjang lebuh raya tetapi terpaksa menutupnya kerana tidak mendapat sambutan dan kita dapati pemandu mahukan tempat tidur hanya untuk ‘quick nap’ dan tidak memerlukan hotel seharian.”

Mengulas lanjut, Azman berkata kapsul tidur tersebut akan dibina di kawasan rehat dan rawat (R&R) memandangkan ia mempunyai kawasan parkir kenderaan berat yang luas, selain menyediakan pelbagai fasiliti lain termasuk tandas yang lengkap dengan bilik mandi.

SL: Kalau diikutkan, pembinaan kapsul tidur sememangnya berpotensi berbanding bilik hotel. Ia juga bermanfaat dan dapat membantu para pemandu mendapatkan rehat yang cukup. Agaknya, ramai tak yang akan menggunakan perkhidmatan ni nanti?

*Sumber: BERNAMA

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×