Percutian

11 Hotel Mesra Famili Di Melaka Yang Ada Pool, Waterpark & Playground. Berbaloi!

37.5K
SHARES
hotel di melaka

“Hotel apa kat Melaka yang seronok bawa budak-budak ye. Kalau ada pool siap sekali dengan playground atau waterpark kan senang, tak payah nak keluar jauh-jauh harung jem lagi.”

Dah nama pun salah satu pusat percutian top di Malaysia, ditambah dengan macam-macam makanan viral lagi, semestinya Melaka antara destinasi favourite bagi ibu ayah bawa anak berjalan-jalan.

Kali ini kami nak senaraikan beberapa hotel yang sesuai untuk famili di Melaka. Sebagai mak-mak, kita pun kadang-kadang kita nak fokus percutian untuk bersantai. Malas nak pening kepala nak memandu cari tempat lain untuk makan, bersiar-siar, dan sebagainya kan?

Kurang-kurang tu mestilah nak cari hotel yang ada swimming pool. Kalau ada waterpark dan playground sekali lagi bagus dan memudahkan.

Jom tengok beberapa hotel menarik untuk famili yang boleh anda cuba bila ke Melaka nanti.

11 Pilihan Hotel Di Melaka Untuk Famili

1. Bayou Lagoon Park Resort

Siapa yang biasa ke Melaka mesti tahu kewujudan Bayou Lagoon Resort, salah sebuah taman tema air di Melaka.

Kalau anda memang bercadang untuk menghabiskan masa di waterpark, bolehlah menginap dekat sini. Turun bawah je boleh terus masuk ke waterpark. Biliknya pun luas, siap ada bathtub dekat dalam.

Harga hotel yang ditawarkan biasanya pakej sekali dengan tiket masuk ke waterpark ini. Kira berbaloi jugalah sebab biasanya rate tak sampai RM200/malam, kecuali pada peak season atau public holiday tertentu.

Terletak tak jauh dari Ayer Keroh, kalau nak bawa anak melawat Zoo Melaka pun dah tak jauh.

Harga: Bermula sekitar RM160/malam (termasuk tiket ke waterpark)

Google Map: Bayou Lagoon Park Resort

Facebook: Bayou Lagoon Park Resort

Foto Kredit: booking.com

2. Gold Coast Melaka

Sebenarnya Gold Coast Resort boleh kata sebelah je dengan Bayou Lagoon. Dalam ni pun ada waterpark.

Tapi berbeza dengan Bayou Lagoon, Gold Coast Melaka lebih banyak area untuk kanak-kanak bermain. Kalau di Bayou Lagoon ada slide yang agak tinggi untuk kanak-kanak yang lebih besar atau dewasa pun boleh main sama.

Tapi harga di Gold Coast ni agak mahal berbanding Bayou Lagoon. Kalau hari-hari biasa, harganya sekitar RM300 ke atas. Namun, sesuai dengan harga, biliknya juga agak luas sebab ia berkonsep apartment dengan 2 atau 3bilik.

Harga: Bermula sekitar RM299/malam (termasuk tiket ke waterpark)

Google Map: Gold Coast Melaka International Resort

Facebook: Gold Coast Melaka International Resort

3. Amverton Heritage Resort

Dulunya tempat ni dikenali dengan nama Puteri Resort. Sekarang dah upgrade, dah rebrand dengan nama baru iaitu Amverton Heritage Resort. Bukan main canggih nama tu kan?

Apa pun, dekat sini memang seronok bawa anak-anak sebab dia bukan saja ada waterpark, tapi ada juga outdoor playground dan indoor playground yang macam kita biasa tengok dekat mall tu. Memang puaslah budak-budak main dekat sini sampai tak tentu arah dah dibuatnya!

Lagi satu, lokasinya pun strategik, cuma 5 minit dari tol Ayer Keroh. So, orang yang datang dari luar Melaka memang senang nak cari tempatnya.

Harga: Bermula sekitar RM155/malam (semua fasiliti di waterpark dan playgound adalah percuma kecuali ATV ride)

Google Map: Amverton Heritage Resort

Facebook: Amverton Heritage Resort

4. A’ Famosa Resort Hotel

Mesti ramai dah tahu kewujudan A Famosa Resort ni kan? Bagi yang belum tahu, dekat sini ada beberapa jenis penginapan. Antaranya bilik hotel biasa, apartment 2 atau 3 bilik, dan villa 4 bilik dengan private pool.

Sesuai bagi yang nak buat gathering atau family day. Selain ada taman tema air, ada juga Safari Wonderland, Old West dan 4D movie yang boleh anda cuba di dalam kawasan resort ini.

Harga: Studio room RM170/malam, Apartment 2 bilik RM290/malam, Villa 4 bilik dengan private pool RM690/malam (harga tak termasuk tiket ke taman tema)

Google Map: A’ Famosa Resort

Facebook: A’ Famosa Resort

Foto Kredit: booking.com

5. Hotel Swiss Garden @ The Shore Melaka

Bagi yang sukakan penginapan di tengah-tengah bandar, mungkin nak cuba bawa anak-anak ke Hotel Swiss Garden yang letaknya di atas shopping mall The Shore ni.

Ada mini waterpark yang terletak pada tingkat 9 memang sesuai untuk budak-budak. Pemandangan dari sini memang cantik sebab boleh nampak bandar Melaka!

Kalau stay dekat sini, tak payah pergi jauh untuk berjalan-jalan. Dekat dalam The Shore shopping mall di bawah tu pun ada banyak tarikan yang santai dan menarik untuk famili contohnya Oceanarium, Sky Tower, Toy Museum dan 3D Motion.

Harga: Bermula sekitar RM170/malam

Google Map: Swiss Garden Hotel

Facebook: Swiss-Garden Hotel Melaka

6. The Shore Hotel & Residences Melaka

Hotel ni sebenarnya terletak bersebelahan dengan Hotel Swiss Garden ni. Dengan berkongsi fasiliti pool dan mini waterpark yang sama, hotel ini menjadi pilihan yang lebih bajet berbanding Hotel Swiss Garden.

Ada 3 pilihan bilik di sini dan bagi yang bawa famili besar, bolehlah buat tempahan apartment 3 bilik dengan harga yang berbaloi.

Harga: Studio unit bermula sekitar RM120/malam, apartment 3 bilik bermula sekitar RM300/malam

Google Map: The Shore Hotel & Residences

Facebook: The Shore Hotel & Residences

7. Atlantis Residence

Penginapan berkonsep apartment ini pun menarik untuk famili bersantai di Melaka sebab ia dilengkapi dengan playground dan mini waterpark untuk kanak-kanak.

Selain kolam renang, banyak juga fasiliti lain untuk orang dewasa seperti jacuzzi, sauna dan gym. Jadi mak-mak dan ayah pun boleh enjoy sama!

Harga: Bermula sekitar RM190/malam

Google Map: Atlantis Residence

Facebook: Atlantis Residence Melaka

Foto Kredit: Expedia

8. Hotel MITC

Siapa yang minat nak makan-makan, ini antara hotel yang kaya dengan pelbagai hidangan lazat. Dengar kata set kari kepala ikan di hotel ni memang terbaik.

Di area MITC ni pun memang ada banyak pilihan makanan. Rambang mata dibuatnya. Panas-panas ni boleh bersantai dengan anak-anak di swimming pool. Ada playground kecil sekali dekat situ.

Lapar tengah malam pun tak ada hal, ada banyak kedai Mamak dan Mc D pun sebelah je. Kalau nak beli barang, boleh ke Mydin. Nak jalan-jalan ke Zoo Melaka dan Butterfly Farm memang dekat.

Harga: Bermula sekitar RM160/malam

Google Map: Hotel MITC

Facebook: MITC Hotel Melaka

hotel mitc melaka

9. Hotel Novotel

Apa yang menarik di Hotel Novotel selain biliknya yang luas dan cantik adalah kemudahan yang kid-friendly.

Di kolam mandinya ada disediakan taman permainan kecil, dan di bahagian lobby juga ada disediakan Kid’s Corner untuk ibu ayah bersantai dengan anak-anak. Ada buku cerita, permainan dan video game PS4 untuk si kecil dan si ayah tumpang sekaki.

Oh ya, sebelum balik nanti jangan lepaskan kesempatan berjalan-jalan di rooftop hotel untuk pemandangan yang awesome!

Harga: Bermula RM198/malam

Google Map: Novotel Melaka

Facebook: Novotel Melaka

hotel novotel melaka

10. Hotel Faithview

Satu lagi hotel yang mula menjadi tumpuan di Melaka, menariknya hotel ini menawarkan kemudahan playground berbumbung untuk anak-anak berdekatan dengan kolam renang. Selain 2 kolam renang kanak-kanak, ada juga kolam renang dewasa yang besar.

Lokasinya di Taman Kota Laksamana juga strategik sebab memang dekat dengan town dan banyak kedai berdekatan. Yang paling menarik, harganya jauh lebih murah berbanding kebanyakan hotel lain. Bilik baru lagi, luasnya pun boleh tahan.

Harga: Bermula RM115/malam

Google Map: Faithview Hotel & Suites

Facebook: Faithview Hotel & Suites

11. Double Tree By Hilton

Hotel Double Tree By Hilton ni pun agak baru juga dibuka di Melaka.

Berdekatan dengan pool, ada Kids Club dibuka seawal pukul 10 pagi hingga 8 malam. Ada sudut membaca, aktiviti seperti mewarna, board games dan permainan video PS4. Jadi kalau hujan tak dapat berenang, mereka boleh main dekat sini.

Sementara anak-anak bersuka-ria mak ayah pun bolehlah bersantai sama di kolam atau sauna. Pemandangannya cukup menarik, lebih-lebih lagi di sky deck.

Lagi satu, hotel ini bersambung dengan Elements Mall di bawahnya. Jadi senanglah kalau nak beli apa-apa dekat bawah. Tak macam MP atau Dataran Pahlawan, Elements Mall kurang sesak dan ianya lebih family friendly. Biasanya pada hujung minggu akan diadakan aktiviti untuk kanak-kanak. Jumper’s Land untuk kanak-kanak dan Pawagam MBO pun ada di mall ini.

Harga: Bermula sekitar RM280/malam

Google Map: Double Tree By Hilton Hotel Melaka

Facebook: Double Tree by Hilton Melaka

Foto Kredit: Double Tree By Hilton

Jom Cuti-cuti Melaka!

Walaupun ada sesetengah hotel yang kita nampak rate tu macam agak mahal, tapi bila difikirkan balik agak berbaloi juga tau.

Yalah, kalau kira nak bawa budak-budak ke taman tema atau indoor playground dekat mall tu, tiket masuk seorang pun dalam RM20-RM30 seorang kan. Kalau kali dengan 3-4 orang anak, dah boleh tempah hotel kan?

Lagipun sesekali bawa anak bercuti apa salahnya. So apa lagi, jom serang!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×