Hebahan

Hot FM Perkenal Mark Adam Sebagai Penyampai Radio Baharu Bagi Segmen ‘Geng Pagi Hot’

8
SHARES

Tidak sah kalau perjalanan anda dalam kereta tidak ditemani dengan celoteh gelak tawa dari penyampai-penyampai radio bukan? Buat anda yang merupakan peminat tegar radio Hot FM, berita baiknya adalah penyampai radio Hot FM kegemaran anda, Fizie kembali ke udara di segmen Geng Pagi Hot (GPH) bermula hari ini bersama penyampai terbaharu Hot FM! Siapakah orangnya?

FIZIE KEMBALI KE HOT FM BERSAMA PENYAMPAI BAHARU!

Fizie atau Mohamad Hafizie Roslan, 32, tidak ke udara di segmen GPH selama hampir sebulan kerana menjalani sesi latihan intensif bersama dengan Mark Adam. Menurutnya, ini merupakan kali pertama dia tidak ke udara dalam tempoh yang panjang. Sejak 3 minggu lepas, dia menjalani sesi latihan bersama dengan Mark dan pihak pengurusan bagi memastikan segmen GPH berjalan seperti yang dirancang. Tambahnya, dia amat teruja dan tak sabar untuk memulakan perjalanan baru bersama teman baru iaitu Mark Adam yang akan memberikan satu impak yang berbeza kepada para pendengar dengan karekternya yang lucu dan bersahaja’.

Sementara itu, jentera hadapan Hot FM dikuatkan lagi dengan kemasukan Mark Adam sebagai penyampai terbaharu di segmen GPH, dipilih untuk menerajui Geng Pagi Hot bersama Fizie selepas pengunduran Shuib daripada Hot FM. Mark memberitahu, tawaran untuk menyertai Hot FM sudah diterima Januari lepas.

“Kerjaya saya terus berubah 360 darjah”

Semasa ditawarkan untuk menjadi penyampai di Hot FM, Mark akui berfikir banyak kali sebab ini bukan saja kerjaya tetapi tanggungjawab yang perlu digalas. Namun dia sedar bahawa peluang sebegini bukan datang selalu dan terus membuat keputusan untuk menyertai Hot FM. Peluang ini juga memberi ruang untuk mencabar diri untuk mencuba sesuatu yang baru.

Mark juga memberitahu sesi latihan bersama Fizie selama hampir sebulan banyak memberi idea untuk mempersiapkan diri sebagai penyampai radio. Sememangnya perasaan sangat teruja untuk ke udara, tetapi rasa gugup memang ada kerana bukan mudah untuk menghiburkan pendengar menerusi radio. Tambahan pula, Bahasa Melayu bukanlah bahasa pertuturan utamanya dan akan menjadikan pengalaman ini sebagai salah satu cara untuk memantapkan lari pertuturan dalam bahasa kebangsaan.

Hot FM turut mengumumkan segmen Jam Hot masih mengekalkan Deen dan Haziq sebagai gandingan dari jam 4 petang hingga 8 malam. Manakala, segmen Mega Hot kelolaan Zetty pula akan ke udara dari jam 8 malam hingga 12 tengah malam.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×