Teknologi

Honor Lancar Peranti Baharu ‘Honor View40’ Lengkap Dengan Gabungan Teknologi Terkini

24
SHARES

Salah sebuah jenama pengeluar telefon pintar terkemuka, Honor, melancarkan peranti baharu kelas pertama mereka iaitu Honor View40 untuk pasaran China sekali gus memperkenalkan strategi baharu jenama berkenaan. Ini menjadikan perlancaran strategi baharu jenama berkenaan sebagai salah satu strategi yang terkini untuk tahun 2021.

HONOR PERKENAL PERANTI BAHARU, HONOR VIEW40

Ketua Pegawai Eksekutif Honor Co Ltd, George Zhao berkata, pihaknya akan memperkenalkan beberapa segmen baharu untuk jenama berkenaan sepanjang tahun ini. Menurutnya, ia termasuk pengenalan siri baharu untuk laptop keluarannya yang mendapat pemproses generasi terkini sesuai dengan keperluan pengguna masa kini.

Bukan sahaja Honor memperkenalkan slogan baharu iaitu ‘Go Beyond’ sejajar dengan visi syarikat untuk pergi dengan lebih jauh dalam segmen produk yang ditawarkan kepada pengguna, malah Honor berterima kasih kepada pengguna yang selama ini menyokong perkembangan jenama berkenaan. Sememangnya kepuasan pengguna adalah objektif utama Honor dalam setiap pengeluaran produk.

Honor sebelum ini sudah mengesahkan menjalinkan kerjasama dengan pengeluar pemproses terkemuka iaitu AMD, Intel, MediaTek dan turut memeterai kerjasama dengan Micron Technology dan beberapa syarikat gergasi lain.

HONOR VIEW40 MEMENUHI TEKNOLOGI TERKINI

Penghasilan Honor View40 juga memenuhi matlamat syarikat berkenaan apabila teknologi terkini digabungkan untuk menjadi sebuah peranti termaju. Menyentuh aspek spesifikasi peranti berkenaan, ia menggunakan pemproses MediaTek MT6889Z Dimensity 1000+ dengan binaan 7nm serta dipadankan bersama memori (RAM) 8GB.

Peranti berkenaan menggunakan tetapan tiga lensa iaitu kamera utama berkeupayaan merakam 50 Megapiksel (MP), lensa sudut ultra lebar dengan kapasiti 8MP dan lensa makro 2MP.

Paparan peranti ini menggunakan AMOLED dengan sokongan HDR10 bersama kadar kecerahan pada tahap 800 nits manakala saiz skrin adalah 6.72 inci. Kapasiti bateri pula 4,000 serta menyokong pengecas pantas 66W dengan pengecas tanpa wayar pantas 50W serta pengecas berbalik 5W.

Paling menarik adalah ia ditawarkan dalam tiga warna iaitu Midnight Black, Rose Gold dan Titanium Silver. Setakat ini, Honor masih belum memaklumkan tarikh pelancaran peranti itu untuk pasaran tempatan dan tanda harga dijangka bermula sekitar RM2,250 untuk variasi storan 128GB. Spesifikasi:

-Pemproses: MediaTek MT6889Z Dimensity 1000+ (7nm)

-RAM: 8GB

-Kamera: 50MP + 8MP + 2MP

-Storan: 128GB / 256GB

-Bateri: 4,000mAh

HONOR juga memperkenalkan dua pembaharuan ke HONOR MagicBook Series, dengan HONOR MagicBook 14 dan HONOR MagicBook 15. MagicBook serba baru yang menampilkan pemproses Intel® Core ™ i7-1165G7 Gen ke-11 terbaru dan grafik diskrit NVIDIA® GeForce® MX450, yang menawarkan pengalaman pengguna yang hebat. Berbanding dengan generasi sebelumnya, prestasi keseluruhan meningkat sebanyak 49 peratus, dengan frekuensi maksimum 4.7GHz.

Untuk maklumat lanjut anda boleh ke Facebook Honor Malaysia atau laman Instagram Honor Malaysia.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×