Percutian

8 Airbnb Yang Top Di Pulau Pinang Untuk ‘Short Staycation’ Bersama Keluarga

223
SHARES

Kalau tengok kalendar, banyak cuti hujung minggu yang panjang dalam bulan September kali ini. Takkan nak duduk di rumah sahaja kan? Jadi, apa salahnya untuk anda ambil peluang ini untuk keluar bercuti ‘short escape’ bersama seisi keluarga. Tak perlu nak pergi jauh-jauh kerana anda akan dapat keseronokkan ini hanya dengan berkunjung ke Pulau Pinang sahaja!

Bila dah sampai Pulau Pinang, nak tidur di mana? Jadi, kami senaraikan untuk anda beberapa Airbnb yang memang lengkap dengan fasiliti, boleh rileks dan tak perlu pergi jauh.

1. The Suites by the Sea @ Straits Quay (Superhost)

Siapa yang tidak suka dengan pemandangan laut yang berdekatan dengan kawasan jetty bukan? Inilah apa yang anda akan dapat apabila bermalam di The Suites by the Sea. Apa yang menariknya, bukan sahaja menjanjikan pemandangan yang indah dan tenang, lokasinya yang strategik juga memudahkan anda sekeluarga untuk beriadah.

Bermula dari harga RM 321 semalam.

2. High Tech Modern Studio

Dengar nama pun dah macam menarik. Buat anda sekeluarga yang merupakan penggemar games, inilah tempat untuk meluangkan masa bersama. Apa yang menariknya, studio ini juga menyediakan sound system yang sempurna untuk anda sekeluarga berehat dan menonton senarai filem yang disediakan.

Harga bermula dari RM200 semalam.

3. Heritage Home Georgetown, Penang (Superhost)

Terletak di tengah-tengah bandar Georgetown, anda akan terpegun dengan konsep tradisional yang diketengahkan oleh pemilik Heritage Home Georgetown. Kalau nak rasa percutian ala-ala Baba dan Nyonya, boleh bawa keluarga anda menetap di sini dan nikmati makanan yang berkonsepkan ‘chinese style’.

Harga bermula dari RM297 semalam.

4. Songsong Mount Erskine

Bagi anda sekeluarga yang sukakan konsep seperti berada di zaman British, ini merupakan lokasi yang sesuai. Yang paling best sekali adalah rumah ini dapat memuatkan lebih dari 7 orang dalam satu masa. Malam-malam boleh buat BBQ!

Harga bermula dari RM 450 semalam.

5. N-Suite Luxury Duplex Suite @ Maritime (Superhost)

Jika anda sukakan panorama dari bilik yang boleh nampak seluasnya laut, ini merupakan pilihan yang paling menarik. Berkonsepkan minimalis dan moden, kediaman ini juga berdekatan dengan deretan kedai makan yang hanya berhadapan bangunan sahaja.

Harga bermula dari RM 290 semalam.

6. Live in the Heart of Georgetown

Bukan sekadar homestay biasa, tetapi kediaman ini merupakan tempat bekas artist yang bertukar jadi tumpuan orang yang datang ke Pulau Pinang. Bukan itu sahaja, kediaman ini dilengkapi dengan tv LED dimana anda sekeluarga boleh rileks.

Harga bermula dari RM 270 semalam.

7. Roti Bakar Homestay (Superhost)

Agak berbeza dari homestay yang lain kerana ini bukanlah satu kediaman yang lengkap kerana ia hanyalah sebuah private room di dalam sebuah banglo. Tapi, keluasan biliknya bukanlah kecil kerana dapat memuatkan kira-kira 4 orang. Nama pun dah unik.

Harga bermula dari RM 121 semalam.

8. Exclusive Beachfront Condo in Batu Ferringhi

Kalau dah datang ke Pulau Pinang, mestilah berkunjung ke Batu Ferringhi kan? Malah ada yang memilih untuk menginap di kawasan ini kerana lebih dekat dengan kawasan pantai. Jadi, Beachfront Condo di Batu Ferringhi adalah pilihan yang tepat.

Harga bermula dari RM360 semalam.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×