Hebahan

Jom Bawa Anak Ke Himpunan Si Cilik, Sabtu Ini Di Perpustakaan Kuala Lumpur

21
SHARES

Cuti sekolah ni mungkin ramai yang dah puas jalan-jalan ke mall, dah balik kampung, dan dah pergi bercuti.

Apa kaa bawa anak-anak pergi ke perpustakaan pula. Kebetulan hari Sabtu ni ada banyak aktiviti menarik untuk mereka di sana.

Ada juga peluang untuk anak-anak tunjukkan bakat melalui kraf dan peragaan kostum macam-macam lagi. Semuanya percuma tau!

Jom baca selanjutnya tentang pengisian aktiviti dan aturcara yang dirancang pada hari tersebut.

Himpunan Si Cilik, Perpustakaan Kuala Lumpur

Himpunan Si Cilik adalah program khas untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah, sempena cuti persekolahan.

Ia juga satu program menggalakkan orang ramai, khasnya golongan kanak-kanak datang ke perpustakaan dan mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat.

Pelbagai aktiviti akan dijalankan sempena Himpunan Si Cilik ni nanti. Memang tak rugi bawa anak-anak ke sini.

Selain aktiviti kraf, puzzle, ada juga pertandingan yang boleh disertai oleh anak-anak:

  • Pertandingan Mewarna
  • Pertandingan Pakaian Beragam
  • Pertandingan Beyblade

*Penyertaan Terbuka kepada 12 tahun ke bawah

Sila rujuk poster di bawah untuk info lanjut berkenaan pertandingan-pertandingan tersebut.

𝙈𝘼𝙎𝙐𝙆 𝙋𝙀𝙍𝘾𝙐𝙈𝘼 !

Jadi jom datang beramai-ramai meriahkan Perpustakaan Kuala Lumpur hari Sabtu ni ya.

Aktiviti: Himpunan Si Cilik

Tempat: Perpustakaan Kanak-kanak, Aras Bawah Perpustakaan Kuala Lumpur @ Dataran Merdeka

Tarikh: 14 Disember 2019, Sabtu

Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang

Banyak aktiviti, banyak hadiah!

Pada masa yang sama, boleh dekatkan kanak-kanak dengan budaya membaca dan mengunjungi perpustakaan.

Seperti yang kita sedia maklum, Perpustakaan Kuala Lumpur juga baru dibuka semula selepas ditambahbaik dan diberi nafas baru.

Nampak macam seronok kan? Mesti anak-anak teruja.

Jom ke Perpustakaan Kuala Lumpur!

#SayangiKualaLumpur
#WeloveKL
#KLkitapunya
#lembahperpaduanKL
#valleyofunity

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×