Inspirasi

“Bergoncang Jantung Abang”- Wajah Polis PBB Berhijab Indonesia Buat Ramai Jejaka Cair

41.2K
SHARES

Terbaharu, viral di serata laman media sosial apabila seorang wanita berhijab dari Indonesia merupakan salah seorang anggota polis United Nations. Menarik perhatian ramai lagi adalah wanita yang bernama Hikma Nursya ini mempunyai raut wajah yang cantik dan ayu seperti seorang pelakon filem!

Berusia 25 tahun dan berasal dari Yogjakarta, Hikma kini sedang bertugas sejak bulan Jun lalu di bawah United Nations yang berkapalan di Bangui, Afrika. Memiliki pengikut seramai 65 ribu di laman Instagram menjadikan beliau lebih dikenali ramai dan beliau juga sering berkongsikan gambar ketika bertugas.

Bukan itu sahaja, dengan mempunyai wajah yang cantik sebegini dan pekerjaan yang sangat mencabar boleh memberikan inspirasi buat wanita di luar sana supaya berani dalam mencuba sesuatu yang baharu bukan?

MAHIR MENGGUNAKAN SENAPANG

Bukan calang-calang polis, Hikma juga berkemahiran menggunakan senjata api. Beliau turut berkongsikan video dimana beliau sedang menjalani latihan penggunaan senjata api di Instagramnya.

MANIS DAN RINGKAS, BERSERI-SERI!

Walaupun bertugas sebagai polis United Nations, Hikma juga tidak ketinggalan untuk menjaga dan menatarias diri seperti wanita lain. Apa yang kita dapat lihat, belia turut menjaga kulit dan wajah supaya selalu kelihatan ‘presentable’. Walaupun tampil gagah dalam uniform, Hikma juga masih kelihatan sopan dan manis ketika bertugas.

Cantiknya!

*Jadi, cair tak hati semua jejaka di luar sana?

Sumber: hikmanursyaa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×