Famili

“Hentikanlah Banding-Membanding, Kalau Ikut Hati Siapa Yang Tak Nak Jaga Anak Sendiri”

2.3K
SHARES

Terbaharu, negara kita digemparkan dengan kes bayi berusia 5 bulan telah meninggal dunia di bawah penjagaan pengasuhnya. Paling mengejutkan adalah mayat bayi tersebut telah dijumpai di dalam peti sejuk atau freezer oleh pihak polis. Gara-gara insiden tersebut, ramai dalam kalangan ibu yang menyuarakan pendapat untuk tidak menghantar anak ke pusat pengasuhan kerana bimbang dengan kes sebegini. Luahan tersebut sama sekali ditentang oleh golongan ibu yang bekerja seperti apa yang diluahkan oleh wanita ini.

BERHENTILAH BANDING-MEMBANDING…

Bila ada kes anak kecil meninggal dibawah jagaan pengasuh, mulalah keluar ayat-ayat nak bangga diri “sebab tu sy sanggup berhenti kerja pentingkan nyawa anak” , seolah yang terus bekerja ni tak pikir nyawa siapa-siapa.

Tolonglah, ubah ayat kita, semua tu mengguris hati tau tak, semua ibu ayah nak yang terbaik untuk anak-anak, kalau ikut hati siapa je yang nak kerja?

Banyak bidang memerlukan wanita harini, terutama di labour room, bila tak banyak doctor perempuan, kita juga yang complain, demand, tapi tak sedar ke kita wanita-wanita tulah antara yang tinggal anak setiap hari pada pengasuh.

Hentikanlah banding membanding tu. Jagalah hati-hati kebanyakan ibu yang turut tidak senang hati takkala memikirkan anak mereka bersama pengasuh sekarang ini.

Sama-sama kita harap selepas ini, lebih banyak sektor dan syarikat yang boleh sediakan NURSERY KHAS buat kakitangan pekerja, insyaAllah kesan positif akan banyak terhasil dengan adanya nusrsery sebegini.

NASIHAT BUAT SEMUA IBUBAPA

*Diharapkan semoga keluarga arwah adik Adam Rayqal kekal tenang dan kita terus mendoakan kesejahteraan roh mangsa. Al-Fatihah…

Sumber: Meera Naser

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×