Kerjaya

Ada WiFi, Kopi & Mesra Kanak-kanak. Ini ‘Co-Working Space’ Untuk Wanita Yang Pertama Di M’sia

177
SHARES

Di zaman digital ini, dah makin ramai yang menjalankan perniagaan sendiri dan bekerja secara online, atau menyediakan khidmat freelance dari rumah. Mereka ini biasa menggunakan restoran 24 jam dan kafe sebagai tempat untuk berdiskusi dan bekerja kerana adanya talian internet WiFi. Tapi bila ada anak kecil, kadangkala tempat sebegini kurang sesuai untuk mereka.

Dalam hal inilah relevannya sebuah co-working space, iaitu sebuah pejabat yang mengumpulkan orang yang bekerja secara independent. Bukan hanya mereka yang bekerja sendiri, kadangkala wanita yang bekerja sepenuh masa juga perlu bekerja pada hujung minggu untuk bertemu klien dan sebagainya, namun terpaksa membawa anak mereka bersama.

Disebabkan kekangan untuk mencari tempat yang mesra kanak-kanak inilah, Angeline Chine, pemilik HelloHERA Hub, terfikir untuk menyediakan sebuah tempat yang lebih ideal untuk wanita mengembangkan bisnes mereka.

Menarik kan?

Nak tahu lebih lanjut, ini 5 perkara menarik tentang HelloHERA Hub, co working space pertama di Malaysia dikhaskan untuk wanita yang telah dilancarkan secara rasmi pada 17 Januari 2019 baru-baru ini.

5 Perkara Tentang HelloHERA Hub, Co Working Space Untuk Wanita Yang Pertama Di Malaysia

1. Cetusan Idea Daripada Pengalaman Sendiri

Menurut Angeline Chin, idea memulakan HelloHERA Hub tercetus apabila beliau sendiri mengalami kesusahan untuk mencari co-working space yang mesra kanak-kanak.

Pernah sekali beliau terpaksa meninggalkan anak perempuannya yang berusia 10 tahun di sebuah lobby sebuah co-working space kerana dihalang daripada membawanya masuk untuk mesyuarat. Disebabkan itu, beliau langsung tidak dapat memberi tumpuan terhadap kerja dan berasa beliau perlu berbuat sesuatu.

Dari situlah tercetusnya idea untuk menubuhkan sendiri sebuah co-working space yang mesra kanak-kanak seperti HelloHERA Hub ini.

Foto Kredit: Firdaus Latif via The Malay Mail

2. ‘Pejabat’ Dengan Suasana Seperti Di Rumah

Dengan suasana yang ceria dan mesra kanak-kanak, HelloHERA bertujuan membantu ibu-ibu yang bekerja agar dapat membawa anak mereka untuk menunggu dengan selesa. Barulah ibu-ibu dapat bekerja dan berbincang dengan tenang, kan?

Bertempat di Q Sentral, lokasi yang strategik dan berdekatan dengan LRT, MRT dan KTM membolehkan akses yang mudah untuk dikunjungi dan menjadi tempat pertemuan yang mudah dicari oleh klien, rakan mahupun business partner.

Foto Kredit: Hellohera Hub Facebook

3. Sistem Pay Per Use

Seseorang boleh menggunakan ruang di pejabat ini tanpa mengikat kontrak. Merujuk kepada laman Facebook HelloHERA Hub, bayaran yang dikenakan hanyalah RM20 untuk sepanjang hari.

Selain berfungsi sebagai pejabat, mereka juga menawarkan sewaan ruang untuk events dengan harga yang sangat berbaloi.

4. WiFi, Kopi, Teh & Snek Percuma

Oh ya, dengan bayaran RM20 sepanjang hari itu juga, anda akan diberikan free flow coffee, tea, snek / kudapan ringan, serta line internet WiFi yang stabil. Nak tambah berapa kali pun tak ada caj tau!

So, berbanding kalau kita ke kafe mahal atau jumpa di Mamak, tolak campur dengan minum. Dapat pula tempat yang selesa. Memang berpatutanlah, kan?

Hellohera Hub Facebook

5. Wanita Diberi Keutamaan, Tapi Lelaki Pun Boleh Masuk

Sungguhpun HellaHERA Hub ini didedikasikan khas buat wanita, tapi tak bermaksud lelaki tak boleh masuk langsung. Mereka pun faham ada masanya sesetengah projek turut melibatkan lelaki untuk masuk berbincang. Jadi untuk memudahkan ibu-ibu ini, tak payahlah nak susah-susah cari tempat lain untuk sesi diskusi.

Foto Kredit: Firdaus Latif via The Malay Mail

Satu Permulaan Yang Baik

Nampaknya HelloHERA Hub ini telah memulakan langkah yang amat wajar dalam membantu memajukan lagi golongan wanita, terutamanya yang bekerja sendiri.

Semoga lebih ramai dapat memanfaatkan ruang ini dan tak lagi berasa risau untuk bawa anak bersama mereka ketika bekerja!

Untuk maklumat lanjut, lawati laman Facebook rasmi mereka di HelloHERA Hub.

*Sumber: The Malay Mail

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×