Percutian

Alami Kerugian, Hello Kitty Town JB Bakal Ditutup 1 Januari 2020

368
SHARES

Sedihnya! Taman tema Sanrio Hello Kitty Town di Johor dikhabarkan bakal ditutup pada 1 Januari 2020.

Difahamkan taman tema tersebut terpaksa ditutup kerana mengalami kerugian akibat kurang sambutan daripada pengunjung.

Alami Kerugian Akibat Kurang Pengunjung Beberapa Tahun Lalu

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor berkenaan berkata keputusan untuk menghentikan operasi dibuat oleh sebuah syarikat swasta dan kerajaan negeri menghormati keputusan tersebut.

“Saya faham bahawa taman tema itu akan ditutup kerana mendapat kurang sambutan sepanjang beberapa tahun lalu,” kata Cik Liow menerusi Malay Mail.

Taman tema bernilai RM110 juta itu membuka pintunya kepada umum pada 2012 namun berdepan cabaran untuk menarik pelawat.

Penutupan Tak Beri Impak Besar Pada Industri Pelancongan Di Johor

Walaupun semakin terkenal dan popular sebagai antara tarikan di Johor, penutupan taman tema itu dipercayai tidak akan mempunyai kesan besar ke atas ketibaan pelancong ke negeri tersebut.

Demikian kata Cik Liow Cai Tung, pengerusi jawatankuasa bertanggungjawab ke atas pembangunan pelancongan, wanita, keluarga dan masyarakat.

“Saya yakin ia (penutupan itu) akan hanya membawa kesan kecil kepada kempen Melawat Johor Tahun 2020 (bermula pada 1 Januari) dan tidak akan menjejas keseluruhan ketibaan pelancong ke negeri itu,” kata Cik Liow pada Rabu, 2 Oktober lalu.

“Kerajaan negeri tidak bergantung kepada satu jenis produk pelancongan,” tambah beliau.

Cik Liow memberikan respons itu terhadap laporan bahawa jumlah pelancong keseluruhan di negeri tersebut mungkin merosot selepas taman tema tertutup yang terletak di Puteri Harbour itu tamat beroperasi.

Beliau juga berkata Johor mempunyai destinasi baru lain yang dirancang termasuk kawasan Pantai Desaru.

“Selain itu, Johor juga sedang mempromosikan pelancongan eko serta pelancongan berasaskan alam semula jadi dan pelancongan perubatan.”

Ada 2 Bulan Lagi Untuk Siapa Yang Belum Pergi!

Wah, peminat Hello Kitty yang belum berkesempatan ke sini mesti frust kan. Tapi nak buat macam mana, katanya tiket agak mahal (*RM67 untuk single park / *RM95 untuk double park termasuk Thomas Town) dan ramai yang tak mampu nak pergi, apatah lagi kalau yang nak bawa anak ramai-ramai.

Apa pun, ada 3 bulan lagi untuk lawat taman tema Sanrio Hello Kitty World ni.

Jadi jangan lepaskan peluang tau sebelum Hello Kitty jadi ByeBye Kitty!

*Sumber berita: Malay Mail, Astro Awani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×