Sedang hangat diperbualkan di dalam media sosial dan media arus perdana mengenai isu pembahagian harta pusaka melibatkan Allahyarham Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey. Ternyata masih ramai lagi dalam kalangan kita yang masih kurang jelas dengan pembahagian faraid dalam Islam.
Jadi, untuk menjernihkan keadaan, jom kita baca penjelasan ringkas tapi padat yang dikongsikan oleh perunding harta pusaka dan pengurusan harta Islam supaya kita dapat informasi yang lebih jelas.
ADIK BERADIK ADA HAK ATAS HARTA SUAMI?
Adakah ada hak adik beradik suami atas harta suami yang meninggalkan seorang ibu, balu dan seorang anak lelaki?
Kebanyakan kita mempunyai salah faham bahawa adik-beradik berhak ke atas harta pusaka. Namun, adik-beradik kandung akan terhalang sekiranya ada anak lelaki ibu dan/atau bapa. Salah faham bagaimana yang selalu timbul dalam masyarakat kita??
Masih ramai yg tak tahu siapa yg boleh mewarisi harta pusaka dari bahagian faraid. Isteri dan keluarga suami tak celik faraid. Masing masing sama sahaja, kesannya saling menunding jari! kata keluarga arwah suami tamak dan isteri arwah tamak harta. Menyedihkan kedua belah pihak saling menunding. Tak akan habis! Percayalah!
1. Isteri dan ibu simati mempunyai bahagian faraid masing masing iaitu isteri 1/8 manakala ibu 1/6. Manakala anak lelaki adalah asobah binafsih. (Menghabiskan baki). Maka adik-beradik arwah suami tak ada hak ke atas faraid melainkan jika pasangan suami isteri tersebut tiada waris ataupun hanya ada anak perempuan sahaja barulah ADIK-BERADIK ada bahagian mereka.
2. Selepas kematian isteri masih boleh menuntut hak harta sepencarian ke atas rumah @ tanah atau apa jua harta sekiranya harta tersebut diperolehi oleh arwah suami semasa dlm tempoh perkahwinan.
3. Ibu arwah adalah waris fardhu kepada harta pusaka anak mereka.
RANCANG PERIHAL HARTA PUSAKA KETIKA HIDUP
ELAK DARI BERMUSUHAN PERIHAL PUSAKA. Ia tiada kesudahan malahan boleh memberi mudharat kepada waris. Yang lebih utama silaturahim yang patut dijaga. Maka tanyalah pada yang pakar untuk meleraikan pertikaian harta simati sedangkan ada jalan TERBAIK yang boleh diambil guna.
Langkah terbaik untuk kita pemilik harta merancang harta ketika hidup adalah tindakan yang bijak demi waris yang bakal ditinggalkan kelak. Ingatlah, ketika itu kita sudah bisu untuk bersuara. Maka biarlah apa yang kita rancang ketika hidup dapat memudahkan waris dan InshaAllah segala kemungkinan waris bertelagah tidak timbul.
Disclaimer :
Posting ini sebenarnya bertujuan untuk berkongsi ilmu dan maklumat mengenai hak waris2 simati dari segi hukum faraid. Netizen dinasihatkan agar tidak bertelagah mengenai apa2 isu yang berlaku diluar sana. Fokus kami bagi mendidik masyarakat mengenai kepentingan ilmu pewarisan dan hukum faraid. Pihak admin mengalu-alukan komen membina tanpa menyentuh sentivisi mana-mana pihak. Komen yg bersifat provokasi akan mengeruhkan lagi keadaan. Mohon kerjasama netizen semua.