Hebahan

Nickelodeon Lost Lagoon Raikan Hari Kanak-Kanak Paling Bermakna

63
SHARES

Bandar Sunway, 10 Mei 2016 –  Sunway Lagoon telah menghoskan sebuah acara amal untuk 100 kanak-kanak berusia 5 hingga 10 tahun dari ‘Fugee School’ dan ‘Refuge for the Refugees’ sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia.

Sesuai dengan prinsip yang diamalkan oleh Sunway Group, Integriti, Ihsan dan Kecemerlangan, program CSR (Corporate Social Responsibility) ini memfokuskan 3 perkara terhadap masyarakat: Pendidikan, Kesihatan, dan C.A.R.E (Community Aid, Reach-out and Enrichment).

Usaha ini adalah sebahagian daripada langkah bekerjasama dengan pelbagai badan-badan amal untuk membawa perubahan kepada anak-anak yang kurang bernasib baik.

Dalam ucapan menyambut kedatangan anak-anak ini, Senior General Manager Sunway Lagoon, Encik Calvin Ho berkata, “Sebagai hos, kami amat berbesar hati kerana dapat menggembirakan anak-anak ini dengan senyuman dan gelak tawa mereka. Apa yang telah mereka lalui telah membuka mata kita supaya sentiasa bersyukur dan mencari lebih peluang untuk menghulurkan bantuan.”

sunway lagoon

Aktiviti Mengujakan Sepanjang Hari Dimeriahkan Dengan Penampilan Karakter Nickelodeon

Dengan menyediakan aktiviti seharian yang menyeronokkan di Taman Tema terbaru Sunway Lagoon, iaitu Nickelodeon Lost Lagoon pertama di Asia, anak-anak kecil meluangkan masa bermain air di ‘Spongebob Splash Adventure’ dan ‘Splish Splash’. Manakala, kanak-kanak yang lebih besar lebih berani untuk mencuba tunggangan air seperti  ‘Primeval’ dan ‘Jungle Fury’.

Penampilan istimewa karakter Nickelodoeon seperti ‘Spongebob Squarepants’, ‘Patrick Star’, ‘Dora the Explorer’, dan ‘Boots’ memastikan anak-anak tidak mahu terlepas daripada bertemu dengan idola kesayangan mereka. Selain itu, antara yang hadir termasuklah Co-Founder ‘Fugee School’ iaitu Miss Universe Malaysia 2011 Deborah Henry serta the Co-Founder dan Direktor ‘Refuge for the Refugees’, Heidi Quah

Dengan penutup hari yang paling mengejutkan, ‘Great Slime Deluge’ telah menjadikan anak-anak ini basah lencun dengan ‘bendalir hijau’ atau ‘slime’.

Selain hadiah cenderahati yang diberikan kepada anak-anak, ‘THE BEST DAY EVER’ di Sunway Lagoon menjadi hari yang takkan dilupakan oleh mereka.

Pelbagai Tarikan Di Sunway Lagoon Untuk Anak-Anak

Kini dengan enam taman tema Amusement Park, Water Park, Scream Park, Wildlife Park dan Extreme Park, Taman Tema Nickelodeon yang baru ini mengetengahkan 14 tarikan kepada pengunjung segenap usia dengan membawa keunikan watak Nickelodeon seperti SpongeBob SquarePants, Dora the Explorer, dan Teenage Mutant Ninja Turtles ke dalam ‘Nickelodeon Lost Lagoon’.

Sunway Lagoon dibuka pada pukul 10 pagi hingga 6 petang setiap hari Isnin hingga Ahad.

Nikmati pelbagai tarikan pada harga RM150 bagi 12 tahun ke atas dan RM120 bagi kanak-kanak bawah 12 tahun.

Untuk maklumat lanjut, lawati laman Facebook Sunway Lagoon Malaysia diwww.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia atau hubungi di talian 03-5639 0000.

 

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×