Dalam musim Influenza dan Koronavirus ni, ramai yang pergi beli dan simpan stok topeng muka sebagai langkah persediaan dan berjaga-jaga.
Dengar kata stok topeng muka dan hand sanitizer di farmasi memang laku keras sekarang sampai ada yang ambil kesempatan menaikkan harga demi mengaut lebih banyak keuntungan.
Tahukah anda, topeng muka ini merupakan salah satu barang terkawal.
Ini bermaksud, ada harga maksimum yang telah ditetapkan bagi 5 jenis topeng muka di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Harga Topeng Muka (Face Mask) Maksimum Borong & Runcit Bagi Topeng Muka Yang Ditetapkan Di Malaysia
Harga maksimum borong dan runcit bagi 5 jenis topeng muka adalah seperti berikut:
1. Topeng Muka Pembedahan / Perubatan 1 Lapisan (Gelung Telinga)
Borong: RM5.00 Sekotak
Runcit: RM7.00 Sekotak
2. Topeng Muka Pembedahan / Perubatan 2 Lapisan (Gelung Telinga)
Borong: RM 8.00 Sekotak
Runcit: Rm 10.00 Sekotak / RM 0.20 Seunit
3. Topeng Muka Pembedahan / Perubatan 3 Lapisan (Gelung Telinga / Gelung Kepala)
Borong: RM 25.00 Sekotak
Runcit: RM 0.80 Seunit
4. Topeng Muka Pembedahan / Perubatan 3 Lapisan (Ikatan Pada Kepala)
Borong: RM 30.00 Sekotak
Runcit: RM 0.80 Seunit
5. Topeng Muka Pembedahan / Perubatan N95
Borong: RM 100.00 Sekotak
Runcit: RM 6.00 Seunit
Cara Membuat Aduan Terhadap Pihak Yanh Menaikkan Harga Topeng Muka Secara Tidak Munasabah
KPDNHEP akan membuat pemantauan berterusan dengan menjalankan pemeriksaan di seluruh negara dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menaikkan harga topeng muka secara tidak munasabah berdasarkan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Foto Kredit: KPDNHEP
Para pengguna juga boleh menyumbang kepada usaha ini dengan melaporkan kepada Kementerian melalui mana-mana 9 saluran aduan termasuk WhatsApp di 019-2794317 sekiranya mendapati mana-mana pihak yang menjual topeng muka melebihi harga kawalan.
Pihak Kementerian memohon kerjasama dan perhatian pihak yang terlibat dalam pembekalan dan penjualan topeng muka agar membuat urus niaga secara berhemah dan mematuhi peruntukan harga maksimum topeng muka yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.