Kerajaan sudah bersetuju menurunkan harga siling bagi topeng muka kepada RM1.50 sekeping, berbanding RM2 seperti diumumkan sebelum ini. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan akan terus mengkaji harga siling itu dari semasa ke semasa dan mengumumkan kadar baharu sekiranya berlaku penurunan harga import topeng muka.
Namun, masih ramai dalam kalangan peniaga khususnya peniaga secara atas talian atau online mengambil langkah mudah dengan menjual topeng muka dan hand sanitizer pada harga yang mahal. Jadi, sebelum anda membeli pastikan anda semak dahulu status penjual tersebut supaya tidak tertipu!
ELAK PENIPUAN PEMBELIAN SECARA ONLINE
Banyak iklan-iklan atas talian (online) yang menjual topeng muka dan hand sanitizer gagal mematuhi 8 perkara ini. Sebagai pengguna, anda berhak mengetahui hal ini agar tidak berlaku sebarang penipuan ketika urusniaga dijalankan.
Layari aplikasi yang disediakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil atau juga dikenali sebagai CCID PDRM ini untuk mendapatkan pengesahan nombor akaun dan status online seller ini di sini:
Sebagai pengguna, amatlah penting untuk anda meneliti barang terkawal yang ingin dibeli. Jika anda berurusan dengan pihak yang memberi nombor akaun bank, pastika anda membuat semakan akau bank online seller di laman web ccid.rmp.gov.my/semakmule/ . Manakala bagi anda yang berurusan dengan online seller di laman perniagaan online, anda boleh semak status online seller di http://biztrust.ssm.com.my
CHECK SCAMMERS CCID BOLEH BANTU
Apa yang memudahkan lagi orang ramai adalah dengan memuat turun Check Scammers CCID bagi membuat pengesahan barang dan harga siling barangan tersebut. Memang sangat mudah, nak guna aplikasi Whatsapp pun boleh.
*Jangan sampai tertipu dalam buat pembelian ya!
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia