DIY & Kraf

Hanya Bajet RM 5 Dah Boleh Dapat 120 Keping Sampul Duit, Bagaimana? Jom Ikut Cara Ini!

2.3K
reads

Salah satu perkara yang dinanti-nantikan semasa menyambut Hari Raya nanti adalah duit raya! Terutama sekali kanak-kanak. Kalau tak bagi duit raya ni, mesti masam saja muka. Jadi, bila nak bagi duit raya, mesti kena letak dalam sampul duit kan? Barulah nampak cantik dan rasa suasana raya tu. Apa? Sampul raya tak cukup? Jangan risau, perkongsian dari Puan Maznabilah Mahamed ini boleh menyelesaikan masalah anda. Jom cuba buat sampul duit raya sendiri! Jimat pula tu.

RM5 BOLEH DAPAT 120 KEPING SAMPUL DUIT RAYA

Bahan-bahan

www.facebook.com/chiku.chark

1. Kertas pembalut hadiah (beli je kat mana-mana yang korang rasa paling murah. Beli satu packet terus. Kalau beli satu-satu mahal. Satu packet ada 10 keping rate harga RM4-7 je.

2. Pisau

3. Gam

LANGKAH 1

Lipatkan kertas pembalut hadiah kepada 4 bahagian macam dalam gambar. Nampak kan.

www.facebook.com/chiku.chark

LANGKAH 2

Haa dah elok sama boleh la potong. Jadi la 4 keping macam dalam gambar.

www.facebook.com/chiku.chark

LANGKAH 3

Ok ni pula lipat kepada 3 bahagian. Make sure sama ye. Then potong. Jadi 3 keping macam dalam gambar tu. 3×4=12 kan. So dapat 12 keping sampul raya. Ngam ngam je tak membazir.

www.facebook.com/chiku.chark

LANGKAH 4

Lipatkan bahagian kanan dan bawah. Lipat kecil je macam dalam gambar. Then lipat macam gambar sebelah tu.

www.facebook.com/chiku.chark

LANGKAH 5

Ok yang bahagian atas tu potong sikit. Pandai-pandai la kemaskan nak lipat jadikan penutup.

www.facebook.com/chiku.chark

LANGKAH 6

Dah boleh gam. Jangan letak gam banyak sangat nanti tak cantik.

www.facebook.com/chiku.chark

SIAP!

www.facebook.com/chiku.chark

IDEA TAMBAHAN

Nak lagi cantik letak dolly paper. Ni kertas lain. Memang beli banyak corak. Dolly paper ni RM3 je 100 keping.

www.facebook.com/chiku.chark

www.facebook.com/chiku.chark

www.facebook.com/chiku.chark

www.facebook.com/chiku.chark

www.facebook.com/chiku.chark

Apa lagi? Jom cuba buat, nanti tak adalah kehabisan ‘stock’ sampul raya pula!

Sumber : Maznabilah Mahamed

Yang Popular

To Top