Dapur

Hanya 1 Resipi Doh Dapat Hasilkan 2 Menu, Jimat Masa & Tenaga

17
SHARES

Hanya dengan satu resipi dapat hasilkan doh serbaguna, anda boleh hasilkan pelbagai sajian yang mudah, sedap dan mampu membuka selera anak-anak tanpa perlu bersusah payah menguli tepung berulang kali. Berbaloi sangat, jimat masa dan tenaga.

Doh tersebut boleh menghasilkan pizza dan donut sekaligus. Walaupun tidak mahu makan pada hari yang sama, pizza dan donut tersebut boleh diletakkan ke dalam frozen dan hanya tinggal keluarkan lalu masak sahaja. Haaa tunggu apa lagi, ikuti artikel ini.

Baca juga: Cara Atasi Tombol Pintu Yang Selalu Terkunci, Ada 2 ‘Settings’ Untuk Tukar Mode!

Bahan-bahan: 

  1. 1 cawan tepung gandum
  2. Secubit garam
  3. 1/2 sudu besar marjerin
  4. 1/2 sudu kecil baking powder
  5. 1/2 sudu kecil yis
  6. 5 sudu air suam
  7. 1 sudu besar susu pekat
  8. 1 biji telur
  9. Minyak masak
  10. Topping untuk donut (ikut citarasa)
  11. Toppig untuk pizza (ikut citarasa)

Gaulkan tepung gandum, garam, marjerin, baking powder, yis sehingga menjadi seperti serbuk roti macam dalam gambar

Letakkan air suam dan susu pekat ke dalam mangkuk lain. Lalu kacau sebati dan terus masukkan ke dalam tepung tadi.

Masukkan telur dan campurkan ke semua bahan uli sehingga sebati.

Doh yang sebati. Rehatkan selama 10-15 minit (proses ini untuk doh kembang atau naik sikit). Kemudian uli sekali lagi dalam 10-15 minit untuk hasil doh yang lembut.

Hasil ulian 10 minit. Dah lembut dan licin. Rehatkan biar kembang 2 kali ganda (40 minit-1 jam).

Selepas 50 minit doh dah mengembang dengan jayanya. Tumbuk-tumbuk doh dan uli sekejap untuk buang angin.

CARA BUAT DONUT

Boleh bentukkan donut. Buat 40 gram dapat 2 biji donut montok. Biarkan kembang 2 kali ganda (30-40 minit).

Panaskan minyak, guna minyak yang banyak. Masa menggoreng api kecil sedang-sedang sahaja. Goreng guna teknik sekali balik sahaja. Bila dah nampak masak bahagian bawah terus terbalikan. Tunggu sehingga masak dan terus angkat. Letak atas tisu bagi minyak-minyak keluar.

Donut yang dah sejuk boleh celup topping ikut citarasa. Dalam gambar perisa kacang dan coklat. Sedap sangat.

CARA BUAT PIZZA

Untuk pizza boleh guna dulang saiz 10 inci dalam 130 gram. Canai nipis ikut saiz dulang dan cucuk dengan garfu bahagian tengah (untuk bagi doh pizza cepat masak bila bakar). Biarkan kembang 2 kali ganda (30-40 minit). Bakar 15 minit 150 api atas bawah (gambar di atas dah siap masak).

Boleh lah letak topping ikut citarasa. (Topping boleh terus letak tidak perlu masak, chicken slide, sosej potong nipis, bawang holand, mayonis, sos cili, chesse slide colour oren dan mozzarella chesse). Bakar dalam 10 minit 150-160 api atas bawah, kemudian 5 minit 160-170 api atas sahaja.

Dah siap! Hasil pizza cheese tarik mewah.

Sumber: Facebook Missz Amira

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×