Di Jakarta, seorang wanita yang sedang hamil anak kedua mengidam untuk bersanding dan menjadi pengantin sekali lagi sambil diarak mengelilingi kampungnya, lapor laman berita Suara.com. Macam-macam mengidamnya!
Baca juga: Diserang Monyet Liar Di Kawasan Resort Sampai Jatuh Tersembam. Panik!
HAMIL ANAK KEDUA, MENGIDAM NAK JADI PENGANTIN BERSANDING
Video aksi pasangan pengantin itu yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @singamanja_slebeww menjadi tular di media sosial. Malah, dalam klip video itu juga, pasangan pengantin itu turut dilihat membawa bersama seorang kanak-kanak perempuan yang merupakan anak sulung mereka.
“Mengidam anak kedua, mahu jadi pengantin. Seronok sangat dibawa mengelilingi kampung,”
‘BAHAGIA CARA KITA’
Sudah pasti menjengah ke ruangan komen, warganet yang menonton video tersebut kemudiannya membanjiri ruangan komen dengan pelbagai pandangan. Ada juga yang mengatakan bahawa untung si isteri kerana permintaannya dituruti oleh suami.
Video tersebut sehingga kini sudah ditonton sebanyak 2.2 juta kali dan memperoleh lebih 214,000 tanda suka.
Sumber: @singamanja_slebeww