Seorang wanita warga emas meninggal dunia pada jam 3.34 petang waktu tempatan, bersamaan 8.34 malam waktu Malaysia semalam. Anak Allahyarham, Siti Nur Ain Abd. Sanief, 31, berkongsi bahawa dia sempat melihat wajah ibunya, Allahyarham Halimah Ismail, 64, buat kali terakhir menerusi panggilan video bersama adiknya, Muhammad Al Imran, 25, yang masih berada di Tanah Suci ketika arwah masih dirawat di ICU.
Baca juga: Ini Doa Yang Patut Dibacakan Untuk Jemaah Haji, Bukan Sekadar Hantar & Ucap “Selamat Pergi”
WARGA EMAS MENINGGAL DUNIA DI MADINAH

Dalam pada itu, berita pemergian Allahyarham turut dikongsikan oleh Siti Nur Ain menerusi media sosial, memohon orang ramai menghadiahkan doa dan al-Fatihah buat ibunya. Keluarga juga memaklumkan mereka reda dengan ujian yang telah ditentukan.
“Assalammualaikum semua, mak saya dah meninggal dunia di Hospital King Fahad Madinah, minta kawan-kawan sedekahkan al-fatihah dekat mak saya ye. Kami sekeluarga redha dengan segala ujian,” tulisnya.
Siti Nur Ain turut menambah bahawa jumlah keseluruhan kutipan menerusi ‘Tabung Mak Cik Halimah (Madinah)’ yang dilancarkan sebelum ini mencecah RM273,000.
“Kami akan gunakan wang sumbangan ini untuk menyelesaikan bil hospital di sana terlebih dahulu. Sekiranya terdapat lebihan, kami merancang untuk melaksanakan badal haji serta urusan-urusan lain yang bermanfaat buat arwah mak,” katanya.

Terdahulu, Halimah dilaporkan mengalami serangan angin ahmar ketika berada di Tanah Suci bagi menunaikan umrah pada 5 Februari lalu sebelum dirujuk ke Hospital King Fahad untuk rawatan lanjut.
Pada peringkat awal, dia dimasukkan ke Hospital Al Salam selepas dijangkiti influenza, COVID-19 dan rhinovirus, yang menyebabkan keadaannya semakin kritikal hingga perlu ditidurkan.
Selepas sedar daripada koma, Halimah disahkan mengalami strok dan hanya mampu menggerakkan bahagian kepala, manakala lehernya ditebuk bagi membantu proses pernafasan.
Baca juga: Semakan Keputusan Matrikulasi KPM Sesi 2026/2027 Bermula Jam 2 Petang INI
Sumber: Buletin Tv3 & Threads ain.snief
