Hebahan

Halaqah Musim Baharu Kembali, Lebih Padat Dengan Info & Tetamu Jemputan Menarik!

43
SHARES

Sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang sudah mengenali rancangan bual bicara berkonsepkan islamik, Halaqah bukan?  Kini, program bual bicara terbaik Anugerah Skrin 2016 dan 2018 kembali dengan kupasan topik yang lebih menarik di samping para ilmuan jemputan pada setiap hari Ahad, pukul 10.30 malam bermula 3 Oktober ini.

BERTEMAKAN “PERANG MELAWAN PANDEMIK, BELAJAR DARI PALESTIN”

Kupasan topik kali ini lebih menarik menyentuh isu-isu semasa yang kini melanda kehidupan kita di Malaysia dan juga turut melibatkan seluruh dunia. Dunia diuji pada tahun 2019 dengan pandemik COVID-19 yang bermula di Wuhan. Sejak tercetusnya pandemik ini, ratusan nyawa telah terkorban sehingga kini jumlahnya telah mencecah jutaan dan tidak tidak terkecuali kepada 1.6 billion umat Islam serata dunia. Bukan setakat kehilangan orang tersayang, malahan turut melumpuhkan ekonomi global.

Bertemakan “Perang Melawan Pandemik, Belajar Dari Palestin”, Halaqah akan dikemudi oleh Haji Ahmad Noor Sulaiman sebagai Siarawan, Dato’ Dr. Danial Zainal Abidin sebagai Bintang Ilmuwan, Ustaz Mohamad Zarifi Daud sebagai Pakar Analisis dan Ustaz Ahmad Tirmizi Ali sebagai Indikator program.

TURUT UNDANG PENGGIAT SENI TANAH AIR

Menarik untuk tahun ini, Halaqah turut mengundang penggiat seni tanah air di samping para ilmuan negara yang terdiri daripada pakar-pakar pelbagai bidang dan juga penggiat seni. Antara tetamu istimewa yang menghiasi Halaqah kali ini ialah Profesor Dr. Fariza Md. Sham, Dr. Zaharuddin Abd Rahman, Profesor Ir. Ts. Dr. Abd Rahim Abu Talib, Ustazah Noradilah Mohd Sapie, Ustaz Mohd Erfino Johari, Fedtri Yahya, Lah Ahmad, Datuk Rosyam Nor & Saharul Ridzwan.

Musim baharu Halaqah kali ini membawa 13 episod dengan topik-topik terbaik berkait dengan impak daripada dua peristiwa ini untuk dipelajari dan difahami oleh penonton. Menerusi episod pertama, Halaqah akan membawa topik “Vaksin Untuk Hidup” yang akan dikupaskan oleh pakar ilmuan Dato’ Dr Danial Zainal Abidin bersama panel analisis Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud dan juga indikator Ustaz Ahmad Tirmizi Ali.

Jadi, jangan lupa untuk teruskan menonton program Halaqah untuk mendengar topik-topik istimewa pada setiap Ahad, pukul 10.30 malam bermula 3 Oktober 2021. Untuk maklumat lanjut anda tonton di XTRA dan boleh layari laman media sosial Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×